Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Amalan & Doa

“Rezeki itu di tangan Tuhan,”

“Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia tiada siapa pun yang tahu,”

“Apa boleh buat. Bukan rezeki,” 

Begitulah perumpamaan yang sering diungkapkan membabitkan persoalan rezeki. Sebagai seorang muslim, kita tidak mampu menolak qada’ dan qadar yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa amalan yang telah saya ambil dari seorang ahli perniagaan. Beliau masih muda, tapi punya ilmu agama yang tinggi, di samping mempunyai kestabilan perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan alatan elektronik.

Antara amalan-amalan pemurah rezeki yang pernah diajar kepada kami, peserta-peserta kursus keusahawanan pada masa itu adalah:

1) Solat subuh janganlah ditinggalkan.

2) Membaca zikir ” Ya Kareem, Ya Wadud, Ya Razak” sebanyak 100 kali.

3) Membaca surah Al Waqiah. Surah Al-Waqiah memang terkenal sebagai surah pemurah rezeki.

Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

“Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada”

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

4) Mengamalkan solat sunat Dhuha. Solat dhuha, amat terkenal sebagai amalan pemurah rezeki.

 emas

Advertisements


Leave a comment

Dimana ada MASALAH, disitu ada PELUANG bisnes!

“Peluang perniagaan terhasil daripada masalah yang timbul. Lagi ramai orang menghadapi masalah, lagi besar peluang perniagaan”

Ini adalah hakikat yang perlu difahami oleh mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Setiap perniagaan yang wujud pada hari ni bermula dari masalah.

Sebagai contoh, manusia pada zaman dahulu mengalami kesukaran untuk berhubung diantara satu sama lain. Kerana ingin berkomunikasi / berhubung, mereka terpaksa berjalan berbatu-batu. Bagi mengatasi masalah inilah, maka Alexander Graham Bell  telah merekacipta suatu alat yang kita panggil sekarang ini sebagai telefon.

Kenapa masih wujud perkhidmatan bas dan teksi? Sebab masih ada lagi manusia yang mengalami masalah tidak tahu memandu, tidak mempunyai kenderaan dll.

Cuba kita kaji balik setiap produk yang berada dipasaran. Semuanya dihasilkan disebabkan wujudnya masalah.solution

Untuk memastikan produk kita mendapat sambutan, maka survey dan kajian perlu dibuat terlebih dahulu. Pastikan produk yang kita hendak pasarkan itu diperlukan oleh masyarakat setempat. Jangan sesekali buat bisnes tanpa kita tahu siapa pelanggan kita? Apa sumber kita? Siapa sasaran kita? Dimana lokasi yang sesuai?

Sebagai contoh, perniagaan yang sesuai di kampus adalah printing, topup, makanan, kereta sapu, t-shirt, tudung dll. Antara perniagaan-perniagaan yang saya sebutkan ini tidak memerlukan modal yang besar, tetapi jika betul kaedah pemasarannya Insya-Allah mampu menjana pulangan yang besar.

1354183648_460196995_1-100-guaranteed-onsite-service-and-support-solution-for-Computer-and-network-problem-Bhajanpura

Untuk mengenali potensi perniagaan kita perlu:

  1. Kenalpasti masalah – Apa yang boleh kita selesaikan?
  2. Kenalpasti nilai – Bagaimana kita sebagai peniaga dapat menambah nilai dalam kehidupan pelanggan?
  3. Kelebihan produk – Jelaskan kepada pelanggan apa kelebihan yang bakal mereka peroleh apabila berurusan dengan kita. Kenalpasti sekurang-kurangnya tiga kelebihan produk kita. Kelebihan ini secara tidak langsung dapat menjadi salah satu teknik pemasaran (marketing)
  4. Sasaran pelanggan – Buat survey dan kajian berapa ramai orang yang mengalami masalah ini secara spesifik

“Orang berniaga hidup untuk menjual potensi yang dapat menambah nilai dalam kehidupan pelanggan” -Dr Azizan Osman- 


Leave a comment

Pengurusan Kewangan

Assalammualaikum semua.

Pengurusan Kewangan adalah suatu isu yang amat penting melebihi isu menjana kewangan.

Ada duit, tetapi tidak tahu bagaiman hendak menguruskannya, tidak boleh jugak kan? Duit sikit, ada perkara yang perlu dijimatkan. Duit banyak, ada perkara yang perlu difokuskan.

Ini adalah salah satu idea bagaimana anda boleh mengurus kewangan bila mendapat income tak kira la sama ada kecil atau besar.

10 % – SIMPANAN YANG DILUPAKAN

10% – SIMPANAN JANGKA PENDEK

10% – INSURANS / TAKAFUL

10% – SEDEKAH 

20 % – PELABURAN

20 % – PEMBAYARAN HUTANG

20 % – KEPERLUAN ASAS SPT MAKAN, MINUM

P/S: Jadi, di sini menjadi kayu ukur kita, setakat mana kita mampu berhutang, kereta yang mampu kita beli dan sebagainya.

Moga bermanfaat.