Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Servis komputer PERCUMA!

1332226221_331163951_1-computer-service-tuticorin

 

Saya tengah mencari mana-mana madrasah, rumah anak-anak yatim, rumah kanak-kanak atau mana-mana organisasi yang tiada dana khas untuk tujuan penyelenggaraan komputer.

 Saya pernah join beberapa program di madrasah dan rumah kanak-kanak di sekitar Malaysia. Ada sesetengah madrasah ini masih menggunakan komputer yang lama. Yang pada saya tidak berapa sesuai digunakan lagi.

Komputer perlu diselenggara/naik taraf dari segi hardware dan software apatah lagi kalau komputer yang sudah berumur 5-10 tahun.
Komputer yang dipenuhi virus boleh merosakkan data-data yang penting dan juga boleh menyebabkan tugas yang sepatutnya 10 minit boleh siap tapi boleh memakan masa sehingga sejam.

Pendidikan perlu seiringan dengan teknologi, kalau tidak masyarakat kita akan terus kekal tertinggal jauh dibelakang.

computer-service-thumb19027149

So untuk permulaan, perkhidmatan yang dapat diberikan :
1. Khidmat nasihat.
2. Kursus secara percuma cara-cara format, install software, buang virus, cara nak set up set komputer baru dll.
3. Penyelenggaraan komputer.

free-sign
Buat masa ini servis hanya dari segi software sebab tidak libatkan jumlah duit yang banyak.
Saya masih belajar lagi, so tiada dana khas untuk sponsor beli komputer baru / upgrade hardware.
Kalau sikit-sikit tu boleh diusahakan lagi, Insya-Allah.
Kalau ada pihak yang perlukan perkhidmatan ini atau ada pihak yang sudi untuk menyumbang, boleh emailkan ke shoutultech@gmail.com.

free chk up

#Benda-benda macam nie kalau kat bandar memang kita susah nak jumpa, tapi cuba sekali masuk area kampung / luar bandar baru kita tahu sebenarnya masih ramai kat luar sana yang pegang keyboard pun tak pernah!
Jangan nak salahkan kerajaan ker apa ker atau sesiapa pun.
Salahkan diri sendiri sebab kita tak pernah ambil peduli tentang orang lain!