Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Berapa lama masa yang diambil sebelum wang kita meningkat 2x ganda?

Assalammualaikum semua.

Apa khabar jutawan-jutawan hari ini? Semoga anda semua sihat hendaknya.

Baiklah. Untuk entry kali ini, saya ingin kongsikan satu rahsia. bagaimana anda ingin ketahui nilai pelaburan anda akan meningkat 2 kali ganda? Contohnya. kalau anda melabur atau menyimpan dalam Tabung Haji dengan nilai RM 100, bilakah wang itu akan berganda kepada RM200?

Kaedah ini diberi nama Peraturan 72 yang telah diperkenalkan oleh Albert Einstein.

download

Bagaimana formula ini berfungsi?

Formula ini menyatakan, sekiranya kita bahagikan nombor 72 dengan pulangan Peratusan Tahunan, ia akan menghasilkan jumlah tahun yang diambil bagi menggandakan pelaburan anda.

Mari kita ambil contoh pulangan pelaburan adalah 20%. Jadi, 72 /20 = 3.6. Ini bermakna, pelaburan kita menjadi RM200 dalam masa 3.6 tahun.

Sebagai contoh, kita melabur RM100 dalam saham yang menjanjikan pulangan 20%. Selepas 1 tahun, pelaburan kita akan meningkat menjadi RM 120. Jangan keluarkan keuntungan sebanyak RM20 itu. sebaliknya, biarkan duit itu terlabur selama setahun lagi. Pada akhir tahun kedua, pelaburan kita akan meningkat menjadi RM144. Bagi tahun berikutnya, pelaburan kita menjadi RM 172.80. dan bg tahun keempat, ia bertambah menjadi RM 207.36.

Capture