Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Bila nak berhenti kerja?

Tidak kira sama ada mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta, sampai masanya mereka akan berhenti makan gaji apabila minat berniaga itu muncul.

Persoalannya, bilakah waktu yang sesuai untuk berhenti kerja dan memberikan sepenuh perhatian kepada bisnes?

Engagement11-200x173

Tips ini saya copy dari Facebook Raja Kamil untuk dikongsikan bersama anda semua. Semoga bermanfaat ^_^

…………………………..

“RK, saya nak berhenti kerja, minta nasihat sikit apa yang perlu ada?”

Ok. Nak berhenti kerja?
Ini formula untuk anda.

Simpanan Tunai Anda mesti sekurang-kurangnya 12 kali Gaji Bulanan anda.
Masa tu, nak berhenti, berhentilah … 🙂

Contoh 1 :-
Gaji anda : RM700 sebulan
Boleh berhenti jika simpanan anda ada : RM700 x12 = RM8400

Contoh 2 :-
Gaji anda : RM5000 sebulan
Boleh berhenti jika simpanan anda ada : RM5000 x 12 = RM60,000

ps : saya pilih 12 bulan, kerana pada saya, zaman ekonomi yang tidak menentu ini, 6 bulan tidak cukup. Sebelum ini, banyak pakar perniagaan nasihatkan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

pps : ramai yang berhenti kerja, nak buat bisnes. Alih-ali, lepas beberapa bulan buat bisnes, dah tak nak buat dah. Samada rugi, tak minat dan lain-lain sebab lagi.
Bila nak cari kerja, ambil masa. Simpanan pula, cukup-cukup untuk sebulan je.
Ah, sudah ….

berhenti

Advertisements