Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Alhamdulillah. Tak sabar nak present FYP ^_^

.

Alhamdulillah. Tadi baru submit report final year project (FYP) kat panel.

Sempat la borak-borak dengan panel tadi. Kalau sebelum nie asyik serabut jer bila fikir pasal FYP. Tapi bila borak dengan panel tadi terus hilang rasa serabut-serabut semua tu. Alhamdulillah.

otak serabut

Sebenarnya FYP saya tak capai target pun sebab ada masalah dengan localization untuk robot. Localization tu diluar skop saya. Tapi localization nie diperlukan untuk tahu koordinat robot-robot yang saya program kan. Apa localization tu? Hehehe. Nanti ada masa saya akan ceritakan detail mengenai perjalanan FYP saya, Insya-Allah.

Walaupun FYP saya tak capai target, tapi saya perlu berfikiran positif juga. Saya dah berusaha sebaik mungkin. Segala keputusan saya serahkan kepada Allah. Sebagai hamba, tawakal kepada Allah tu penting. Setiap perkara yang kita buat nie kita kena tawakal selepas kita dah berusaha. Tak kira la perkara tu besar ke kecik.

Yang penting sentiasa ingat Allah waktu kita senang mahupun waktu kita susah. Jangan waktu susah jer baru nak ingat Allah.

lecture

Insya-Allah saya akan present FYP pada hari Isnin nie (3 Jun 2013). Saya sebenarnya dah tak sabar dah nak present nie ^_^

Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

Doakan juga semoga Allah permudahkan segala urusan final year project Zarith.

Doakan semoga kami sama-sama dapat grad pada tahun ini.

.

“Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan final year project Muhamad Hafizul Naaim dan Zarith Zulaikha. Engkau berikanlah mereka markah yang terbaik. Engkau permudahkanlah mereka untuk grad pada tahun ini.” Amiinn

.

graduation_cartoon_presents

Advertisements