Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Kisah Atok

Hari ini, Ahad 21 April 2013. Umur saya sudah menjangkau 23 tahun.

Saya ingin berkongsi kisah seorang lelaki yang banyak saya menumpang kasih dengannya. Kisah atok saya.

Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, dalam keluarga yang agak sibuk dan berpindah randah. Ayah, merupakan seorang anggota tentera, yang sering berpindah, manakala, ibu, seorang pegawai insuran. Atas kesibukan ibu dan ayah, memaksa kami dibesarkan oleh atok dan wan.

Atok dan wan tinggal di sebuah kawasan setinggan di ibu kota.

KISAH BERMULA DI SINI

Atok, seorang yang sangat setia pada cucu-cucunya. Semenjak dilahirkan, sehinggalah saya berusia 18 tahun, saya tidak pernah berpisah dengan atok dan wan.

Atok setia menghantar dan mengambil cucu-cucu nya dari sekolah, mulai saya tadika sehinggalah saya tingkatan 5.

Pernah suatu ketika dahulu, saya merajuk ketika pulang dari tadika apabila atok lewat mengambil saya dari sekolah.

“Atok mintak maaf. Tadi ada orang beli kelapa kat kedai”

” Ika takut duduk kat sekolah tu sorang-sorang,”

Saya menangis pulang ke rumah. Seharian merajuk.

Setiap kali tertinggal barang di rumah, atok akan menghantarnya ke sekolah. Recorder, buku, lencana sekolah. Macam-macam hal cucu seorang ni.

Pernah suatu masa dahulu, kereta tua atok sering kali rosak. Atok akan mengambil saya dengan menunggang basikal. Kasihan melihat cucunya memikul beban buku yang amat sangat.

” Hari ini kena sign report card kat sekolah. Ibu kerja. Ayah takda,” kata saya suatu hari.

“Tak apa. Nanti atok datang tolong signkan,” balas atok.

Semasa keputusan PMR diumumkan, saya mendapat 8A. Atok memberi saya hadiah wang tunai RM 10.

“Atok tak ada duit. Nah hadiah,” kata atok.

Sedang saya di matrikulasi, atok menghubungi saya.

” Jangan nangis-nangis. Belajar rajin-rajin” pesan atok.

Sedih mendengar suara atok di corong telefon.

Kini, atok tidak lagi sesihat dahulu. Sudah tidak mampu untuk berdiri sendiri, berjalan sendiri. Dan saya sedih melihat keadaan atok.

Atok, hero selepas ayah. Saya sayang atok.

photo

Advertisements


Leave a comment

Bangkit!

“Aduh, sakitnya dikecewakan.”

Ayat ringkas keluar dari manusia yang kecewa. Ya, kecewa. Siapa yang tak pernah dikecewakan? Disakiti? Diuji dengan kegagalan?

Sakit rasanya. Benar. Sakit. Mendapat kekecewaaan yang tak pernah kita jangkakaan?Saban hari kita berjaya semasa peperiksaan namun, akhirya gagal mendapat pekerjaan? Sakit bukan?

Sang isteri saban hari bangkit malam, sibuk menjaga anak-anak dan suami, tiba-tiba mendapat perkabaran si suami mahu berkahwin lain? Aduh, inikah balasannya?

Jika suatu masa dahulu, kita punya pacaran yang romantis, tidak mampu berenggang, sanggup berbuat apa-apa sahaja demi cinta. Kini, dapat satu perkabaran dari si dia yang mahu memutuskan perhubungan. Katanya, lebih baik berkawan. Tak cukup layak untuk anda. Kecewa? Sudah tentu.

Kalau saban tahun, kita bekerja keras, hanya untuk membina empayar perniagaan, tiba-tiba sekarang kita berhutang jauh lebih banyak dari orang lain. Dicemuh masyarakat. Hilang saudara. Aduh, sakitnya jiwa.

Tapi. Ingat sesuatu wahai insan- insan diluar sana.

Bila kamu kecewa, ingat ayat Allah ini:

“Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupanya”- Surah Al-Baqarah, ayat 286.

Lalu, belajar lah untuk BANGKIT.

Bangkit dari setiap kegagalan.

Bangkit dari tangisan semalam.

Bangkitlah!

Sentiasa bersangka baik dengan Tuhanmu.

Kejayaan itu pasti dalam genggaman.

download