Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Pemilikan Kenderaan Pertama

Assalammualaikum semua.

Mari kita sambung mengenai Hutang yang diperlukan, dalam entry Pemilikan Kenderaan Pertama. Sebelum ini, kita sudah pun bincangkan mengenai Pemilikan Rumah Pertama.

images

Pemilikan kenderaan pertama merupakan antara kategori hutang perlu. Bagi mereka yang bujang, mungkin tiada masalah untuk menaiki kenderaan awam sekiranya ada laluan.

Sebaik-baiknya buatlah tabungan terlebih dahulu supaya anda perlu mengambil pinjaman penuh. Taktik penjual akan cuba mempengaruhi anda untuk mengambil pinjaman penuh supaya mereka mampu mencapai kuota jualan.

images (1)

Contoh pengiraan bagi pinjaman kereta bernilai RM 40,000.00 yang dikenakan kos 3% setahun:

Jika tempoh bayar balik 9 tahun = RM 470 sebulan

Jika tempoh bayar balik 7 tahun = RM 576 sebulan

Jika tempoh bayar balik 5 tahun = RM 767 sebulan

Nilai RM470 sebulan memang nampak murah sahaja berbanding RM 576 dan RM 767.

Sekarang, mari kita kira bayaran keseluruhan kepada pihak bank:

RM 470 x 12 bulan x 9 tahun = RM 50 800

RM 767 x 12 bulan x 5 tahun = RM 46 000.

Bezanya: RM 4 800.

Inilah nilai yang mampu anda jimat, sekiranya anda memilih pinjaman yang lebih pendek.

 


Leave a comment

Pemilikan Rumah Pertama

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan mengenai Hutang Perlu dan Hutang Yang Tidak Perlu. Pada hari ini, saya akan cuba untuk memperincikan mengenai Hutang Yang Perlu dilakukan, iaitu Pemilikan Rumah Pertama.

 Pemilikan Rumah Pertama
download (1)

Bagi pemilikan rumah pertama, ia haruslah mengikut kemampuan individu. Rumah pertama anda mungkin rumah pangsa lima tingkat yang mempunyai dua buah bilik bagi keluarga yang baru mendirikan rumah tangga. Tujuan pemilikan rumah adalah untuk mempunyai tempat perlindungan keluarga. Ini memadai dengan rumah pangsa, jika kita tidak mampu memiliki rumah yang lebih selesa.

Daripada menyewa, adalah lebih baik untuk anda memilih membeli rumah walaupun kecil. Setidak-tidaknya ada pemilikan rumah berbanding menyewa rumah yang mana wang bayaran sewa akan hangus begitu sahaja.

Sebelum membuat pembelian rumah, senaraikan kesemua kos sampingan dan keseluruhan seperti kos berpindah, logistik dan pengangkutan. Jarak rumah dan tempat kerja juga antara faktor yang penting.

Seawal usia 20-30 an merupakan segmen mulai memiliki rumah pertama. Senaraikan ciri-ciri rumah kediaman yang diperlukan. Antaranya, berhampiran dengan tempat kerja supaya dapat menjimatkan kos perjalanan.