Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Alhamdulillah. Tak sabar nak present FYP ^_^

.

Alhamdulillah. Tadi baru submit report final year project (FYP) kat panel.

Sempat la borak-borak dengan panel tadi. Kalau sebelum nie asyik serabut jer bila fikir pasal FYP. Tapi bila borak dengan panel tadi terus hilang rasa serabut-serabut semua tu. Alhamdulillah.

otak serabut

Sebenarnya FYP saya tak capai target pun sebab ada masalah dengan localization untuk robot. Localization tu diluar skop saya. Tapi localization nie diperlukan untuk tahu koordinat robot-robot yang saya program kan. Apa localization tu? Hehehe. Nanti ada masa saya akan ceritakan detail mengenai perjalanan FYP saya, Insya-Allah.

Walaupun FYP saya tak capai target, tapi saya perlu berfikiran positif juga. Saya dah berusaha sebaik mungkin. Segala keputusan saya serahkan kepada Allah. Sebagai hamba, tawakal kepada Allah tu penting. Setiap perkara yang kita buat nie kita kena tawakal selepas kita dah berusaha. Tak kira la perkara tu besar ke kecik.

Yang penting sentiasa ingat Allah waktu kita senang mahupun waktu kita susah. Jangan waktu susah jer baru nak ingat Allah.

lecture

Insya-Allah saya akan present FYP pada hari Isnin nie (3 Jun 2013). Saya sebenarnya dah tak sabar dah nak present nie ^_^

Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

Doakan juga semoga Allah permudahkan segala urusan final year project Zarith.

Doakan semoga kami sama-sama dapat grad pada tahun ini.

.

“Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan final year project Muhamad Hafizul Naaim dan Zarith Zulaikha. Engkau berikanlah mereka markah yang terbaik. Engkau permudahkanlah mereka untuk grad pada tahun ini.” Amiinn

.

graduation_cartoon_presents

Advertisements


Leave a comment

Kenapa dah lama tak update bolg?

Kenapa dah lama tak update blog? Hehehe.

Sori kengkawan. Semenjak dua menjak nie busy tahap gaban. Tak sempat nak update blog.

Sibuk menyiapkan final year project (FYP/PSM).

Alhamdulillah, report dah submit pada supervisor.

Sekarang nie tengah tunggu supervisor check sama ada perlu buat pembetulan atau tidak.

Isnin nie dah kena submit full report kepada panel.

Seminggu lepas tu, Insya-Allah akan present project.

Saya akan present project depan panel pada 3 Jun 2013 nie. Doakan semoga saya sukses yer ^_^

Sekarang nie masih lagi dalam proses touch up programming, so still busy lagi walaupun report dah submit.

Kita orang present time study week =(

Insya-Allah habis presentation nanti terus prepare untuk final exam.

Macam-macam dah plan sebenarnya untuk blog nie, cuma tak berkesempatan nak buat jer lagi.

Insya-Allah ada masa nanti saya akan buat.

Ok la. Nak sambung kerja sikit.

 

Tata, titi, tutu. Hehehe ^_^