Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Jumaat Terakhir sebelum kedatangan bulan Rejab

Assalamualaikum, sobahul khair semua ^_^

Sedar tak sedar bulan Jamadil Akhir akan pergi meninggalkan kita. Hari ini hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Jamadil Akhir (1434). Insya-Allah malam ini akan bermulalah salah satu bulan yang mulia disisi Islam iaitu bulan Rejab.

Ahlan wa sahlan ya Rejab.

Jika dipanjangkan umur, Insya-Allah dua bulan lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.

Imam Syafi’i Rahimahullah berkata, antara malam yang mustajab doanya adalah malam 1 Rejab.

Moh kite banyakkan berdoa untuk diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh umat Islam. Seperti mana kita harapkan keamanan untuk negara kita, berdoalah juga untuk saudara-saudara kita di bumi Palestin, Myanmar, Syria, Selatan Thai dan di seantero dunia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Semoga Allah golongkan kita dalam golongan hambaNYA yang mendapat kebaikan didunia dan diakhirat. Amiin Ya Allah.

“Ya Allah, berkati kami pada bulan Rejab dan Sya`ban. Sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Amiinn”

.

……………………………………………………………………

bulan rejab

Advertisements


Leave a comment

Al-Quran Pelangi Terjemahan dari Mahfudzah Mustapha

Hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a berkata

“Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang mulia dan taat. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat, kerana sukar baginya membaca Al-Quran, maka dia akan mendapat 2 pahala.”

Mulai hari ini sahabat semua, mari kita melazimkan diri membaca surat cinta Allah kepada kita ini. Banyak kelebihan sekiranya kita membaca Al-Quran. Ada pelbagai versi Al-Quran di pasaran.

Tapi, pada hari ini, saya ingin mempromosikan kepada anda, Al-Quran Pelangi Terjemahan. 

images (1)

Kelebihan Al-Quran Pelangi Terjemahan:

1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan
2. Menggunakan Rasm Uthmani (Mudah Dibaca)
3. Kertas QPP, 656 Halaman (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi tetapi tidak menyulitkan proses membacanya.
5. Menggunakan Tajwid sistem warna.
6. Hadith-hadith tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.

10. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti

Al – Quran Pelangi di datangkan dengan saiz 20 x 15 cm dan berat 0.36 kg. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti biru laut, oren, ungu dan merun. Manakala, keluaran khas bagi edisi wanita, boleh didapati dengan warna biru gelap, royal biru, merun dan kuning.

45778_532914813406274_1025825557_n

Harga hanya RM90. Penghantaran adalah PERCUMA.

Dapatkan segera. Boleh dibeli untuk kegunaan sendiri, atau hadiah kepada ibu bapa, suami isteri, hantaran perkahwinan dan sebagainya.

 

Al-Quran (2)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Cik Mahfudzah Mustafha: 014-6400597

Facebook: http://www.facebook.com/mahfudzah.mustafha


Leave a comment

Syukur, Kita Mendapat Musibah!

Tatkala mendapat perkabaran gembira kita sering terbitkan rasa syukur itu. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

“Si polan bin si polan tu nak berkahwin minggu hadapan. Syukur, Alhamdulillah. ”  jawab kita.

” Tahniah Encik Polan. Anda telah dinaikkan pangkat mulai hari ini,” Syukur Alhamdulillah. Jawabnya.

Tapi, bagaimana pula reaksi kita apabila mendapat perkabaran buruk?

“Mulai hari ini, abang ceraikan kamu dengan talak satu! Kita dah tak sehaluan,” . 

Seperti mahu terputus nyawa apabila mendengarnya.

“Maaf encik. Kami tak dapat nak menyelamatkan nyawa anak encik,” kata doktor.

Jatuh tersungkur seorang ibu apabila mendapat berita tersebut. Satu-satunya anak mereka, telah meninggal dunia.

Amat mudah untuk kita melafazkan kesyukuran disebalik kesenangan. Namun, kadang-kala payah bila mendapat musibah.

Saya bukanlah malaikat, atau ahli sufi yang tidak punya sebarang perasaan. Seperti manusia lain, saya sering kali diuji. Diuji dengan kegagalan dalam percintaan. Kegagalan dalam akademik. Kegagalan dalam perniagaan. Gagal kadang-kala memikul tugas sebagai seorang anak.

Tapi, sahabat semua, bersyukurlah kerana diuji. Bukti, Tuhan masih sayangkan kita! Bukti kita masih lagi hambaNya yang lemah.

Mari,sahabat semua. Mulai hari ini, positifkan minda. Syukurlah, kita mendapat musibah!

“Alhamdulillah. Anak saya meninggal. Syurga sudah menjadi jaminan untuk dirinya!” kata si ibu.

“Alhamdulillah. Diberhentikan kerja.Dapat juga berehat di rumah sebentar. Ya Allah. Moga ada rezeki yang lebih baik!” doa si pekerja.

Bersyukurlah andai ditimpa musibah.

Kuatkan semangat. Positifkan minda. Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Tinggalkan kenangan dahulu. Mulakan hidup baru,

download

Dari,

Hamba yang kadang kala lupa untuk bersyukur!


Leave a comment

Bangkit!

“Aduh, sakitnya dikecewakan.”

Ayat ringkas keluar dari manusia yang kecewa. Ya, kecewa. Siapa yang tak pernah dikecewakan? Disakiti? Diuji dengan kegagalan?

Sakit rasanya. Benar. Sakit. Mendapat kekecewaaan yang tak pernah kita jangkakaan?Saban hari kita berjaya semasa peperiksaan namun, akhirya gagal mendapat pekerjaan? Sakit bukan?

Sang isteri saban hari bangkit malam, sibuk menjaga anak-anak dan suami, tiba-tiba mendapat perkabaran si suami mahu berkahwin lain? Aduh, inikah balasannya?

Jika suatu masa dahulu, kita punya pacaran yang romantis, tidak mampu berenggang, sanggup berbuat apa-apa sahaja demi cinta. Kini, dapat satu perkabaran dari si dia yang mahu memutuskan perhubungan. Katanya, lebih baik berkawan. Tak cukup layak untuk anda. Kecewa? Sudah tentu.

Kalau saban tahun, kita bekerja keras, hanya untuk membina empayar perniagaan, tiba-tiba sekarang kita berhutang jauh lebih banyak dari orang lain. Dicemuh masyarakat. Hilang saudara. Aduh, sakitnya jiwa.

Tapi. Ingat sesuatu wahai insan- insan diluar sana.

Bila kamu kecewa, ingat ayat Allah ini:

“Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupanya”- Surah Al-Baqarah, ayat 286.

Lalu, belajar lah untuk BANGKIT.

Bangkit dari setiap kegagalan.

Bangkit dari tangisan semalam.

Bangkitlah!

Sentiasa bersangka baik dengan Tuhanmu.

Kejayaan itu pasti dalam genggaman.

download