Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Al-Quran Pelangi Terjemahan dari Mahfudzah Mustapha

Hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a berkata

“Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang pandai membaca Al-Quran akan bersama para Rasul yang mulia dan taat. Adapun orang yang membaca Al-Quran dengan tersekat-sekat, kerana sukar baginya membaca Al-Quran, maka dia akan mendapat 2 pahala.”

Mulai hari ini sahabat semua, mari kita melazimkan diri membaca surat cinta Allah kepada kita ini. Banyak kelebihan sekiranya kita membaca Al-Quran. Ada pelbagai versi Al-Quran di pasaran.

Tapi, pada hari ini, saya ingin mempromosikan kepada anda, Al-Quran Pelangi Terjemahan. 

images (1)

Kelebihan Al-Quran Pelangi Terjemahan:

1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan
2. Menggunakan Rasm Uthmani (Mudah Dibaca)
3. Kertas QPP, 656 Halaman (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi tetapi tidak menyulitkan proses membacanya.
5. Menggunakan Tajwid sistem warna.
6. Hadith-hadith tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.

10. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti

Al – Quran Pelangi di datangkan dengan saiz 20 x 15 cm dan berat 0.36 kg. Ia juga terdapat dalam pelbagai warna seperti biru laut, oren, ungu dan merun. Manakala, keluaran khas bagi edisi wanita, boleh didapati dengan warna biru gelap, royal biru, merun dan kuning.

45778_532914813406274_1025825557_n

Harga hanya RM90. Penghantaran adalah PERCUMA.

Dapatkan segera. Boleh dibeli untuk kegunaan sendiri, atau hadiah kepada ibu bapa, suami isteri, hantaran perkahwinan dan sebagainya.

 

Al-Quran (2)

Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,

“Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)

 

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Cik Mahfudzah Mustafha: 014-6400597

Facebook: http://www.facebook.com/mahfudzah.mustafha

Advertisements


Leave a comment

Kisah Atok

Hari ini, Ahad 21 April 2013. Umur saya sudah menjangkau 23 tahun.

Saya ingin berkongsi kisah seorang lelaki yang banyak saya menumpang kasih dengannya. Kisah atok saya.

Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, dalam keluarga yang agak sibuk dan berpindah randah. Ayah, merupakan seorang anggota tentera, yang sering berpindah, manakala, ibu, seorang pegawai insuran. Atas kesibukan ibu dan ayah, memaksa kami dibesarkan oleh atok dan wan.

Atok dan wan tinggal di sebuah kawasan setinggan di ibu kota.

KISAH BERMULA DI SINI

Atok, seorang yang sangat setia pada cucu-cucunya. Semenjak dilahirkan, sehinggalah saya berusia 18 tahun, saya tidak pernah berpisah dengan atok dan wan.

Atok setia menghantar dan mengambil cucu-cucu nya dari sekolah, mulai saya tadika sehinggalah saya tingkatan 5.

Pernah suatu ketika dahulu, saya merajuk ketika pulang dari tadika apabila atok lewat mengambil saya dari sekolah.

“Atok mintak maaf. Tadi ada orang beli kelapa kat kedai”

” Ika takut duduk kat sekolah tu sorang-sorang,”

Saya menangis pulang ke rumah. Seharian merajuk.

Setiap kali tertinggal barang di rumah, atok akan menghantarnya ke sekolah. Recorder, buku, lencana sekolah. Macam-macam hal cucu seorang ni.

Pernah suatu masa dahulu, kereta tua atok sering kali rosak. Atok akan mengambil saya dengan menunggang basikal. Kasihan melihat cucunya memikul beban buku yang amat sangat.

” Hari ini kena sign report card kat sekolah. Ibu kerja. Ayah takda,” kata saya suatu hari.

“Tak apa. Nanti atok datang tolong signkan,” balas atok.

Semasa keputusan PMR diumumkan, saya mendapat 8A. Atok memberi saya hadiah wang tunai RM 10.

“Atok tak ada duit. Nah hadiah,” kata atok.

Sedang saya di matrikulasi, atok menghubungi saya.

” Jangan nangis-nangis. Belajar rajin-rajin” pesan atok.

Sedih mendengar suara atok di corong telefon.

Kini, atok tidak lagi sesihat dahulu. Sudah tidak mampu untuk berdiri sendiri, berjalan sendiri. Dan saya sedih melihat keadaan atok.

Atok, hero selepas ayah. Saya sayang atok.

photo