Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Jumaat Terakhir sebelum kedatangan bulan Rejab

Assalamualaikum, sobahul khair semua ^_^

Sedar tak sedar bulan Jamadil Akhir akan pergi meninggalkan kita. Hari ini hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Jamadil Akhir (1434). Insya-Allah malam ini akan bermulalah salah satu bulan yang mulia disisi Islam iaitu bulan Rejab.

Ahlan wa sahlan ya Rejab.

Jika dipanjangkan umur, Insya-Allah dua bulan lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.

Imam Syafi’i Rahimahullah berkata, antara malam yang mustajab doanya adalah malam 1 Rejab.

Moh kite banyakkan berdoa untuk diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh umat Islam. Seperti mana kita harapkan keamanan untuk negara kita, berdoalah juga untuk saudara-saudara kita di bumi Palestin, Myanmar, Syria, Selatan Thai dan di seantero dunia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Semoga Allah golongkan kita dalam golongan hambaNYA yang mendapat kebaikan didunia dan diakhirat. Amiin Ya Allah.

“Ya Allah, berkati kami pada bulan Rejab dan Sya`ban. Sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Amiinn”

.

……………………………………………………………………

bulan rejab

Advertisements


Leave a comment

Profil Tuan Fazrul Ismail

Assalamualaikum dan selamat pagi semua ^_^

.

Meredah semak mencari daun selom,

Nie dah sarapan ke belum?

Hehehe. Jawab jangan tak jawab ^_^

.

Ok, pagi ini saya akan kongsikan profil seorang usahawan yang sedang meningkat naik namanya dalam bidang training dan consultancy. Beliau juga merupakan sifoo kepada saya dan Zarith. Banyak ilmu yang kami pelajari dari beliau. Beliau seorang guru yang suka merendah diri dan tidak lokek dengan ilmu.

Beliau yang saya maksudkan ialah Tuan Fazrul Ismail (gambar).

fazrul2.

Anak kelahiran Bidor, Perak ini kini menetap di Bangi, Selangor. Mempunyai 4 orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isteri tersayang iaitu Puan Sudarti Suparmin.

.

Latar belakang beliau dalam bidang pendidikan :

  • Bahasa Arab di Alim International Arabic Learning Center Kaherah, Mesir (2003)
  • Kejuruteraan Kimian di Purdue University, West Lafayette, IN (1999-2003)
  • Peserta kursus dan seminar anjuran Al-Maghrib Institute, Bayyinah Institute, ISNA, MSA dan ICNA.
  • Pusat Pendidikan Persediaan, UiTM, Shah Alam, Malaysia (1998-1999) 
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Malaysia (1993-1997)
  • Sekolah Keb Batu 3, Kluang, Malaysia

.

Karier profesional beliau:

  • CEO, Coach dan Trainer Total Success Training & Consultancy (2007-sekarang)
  • Pengarah Eksekutif, al-Furqaan Foundation California Chapter , Chicago (2008-2009)
  • Trainer Online MasterPIES.COM & Halfdate.COM dan E-Business (2008-2009)
  • Trainer & Konsultan, Quality Expert Sdn. Bhd. (2006)
  • Eksekutif R&D, KERSANI Training Center, Segamat (2003-2006)
  • Pereka Laman Web Pendidikan Jarak Jauh Jabatan Veterinar Purdue University (2002)
  • Pengkaji usia karbon, Jabatan fizik, Purdue University (2001)
  • Pengalaman Dalam Pembentangan Pemikiran Sistematik:
  • Membentangkan kertas kerja dan kajian dalam pemikiran sistematik di organisasi –organisasi pendidikan (2003-2007)
  • Membentangkan kertas kerja ‘Systems Thinking: Our Future’ in Inter-College Undergraduate Research at Butler University, Indianapolis, Indiana (2003)
  • Presented paperwork for Kolokium Fikir on Systems Thinking in Al-Azhar University, Cairo, Egypt (2003)
  • Presented paperwork for Johor Student Association in Egypt titled: Antara Bumi Mesir dan US: Satu Analisis (2003)

.

Antara buku dan artikel yang telah ditulis oleh beliau :

  • Penulis buku ‘Pemikiran Sistemik’ (2003)
  • Menulis buku ‘Hidup Zero Alasan’ terbitan PTS (2006)
  • Segelas Air – a book in simpler language about Systems Thinking
  • The 7 Habits of Highly Effective People Melalui Pemikiran Sistemik – a game-book-like analysis on the monumental book of Stephen R Covey through Systems Thinking approach
  • Columnist of Majalah i published by Karangkraf

images1

MasterPIES-full-email-03


Leave a comment

Pemilikan Kenderaan Pertama

Assalammualaikum semua.

Mari kita sambung mengenai Hutang yang diperlukan, dalam entry Pemilikan Kenderaan Pertama. Sebelum ini, kita sudah pun bincangkan mengenai Pemilikan Rumah Pertama.

images

Pemilikan kenderaan pertama merupakan antara kategori hutang perlu. Bagi mereka yang bujang, mungkin tiada masalah untuk menaiki kenderaan awam sekiranya ada laluan.

Sebaik-baiknya buatlah tabungan terlebih dahulu supaya anda perlu mengambil pinjaman penuh. Taktik penjual akan cuba mempengaruhi anda untuk mengambil pinjaman penuh supaya mereka mampu mencapai kuota jualan.

images (1)

Contoh pengiraan bagi pinjaman kereta bernilai RM 40,000.00 yang dikenakan kos 3% setahun:

Jika tempoh bayar balik 9 tahun = RM 470 sebulan

Jika tempoh bayar balik 7 tahun = RM 576 sebulan

Jika tempoh bayar balik 5 tahun = RM 767 sebulan

Nilai RM470 sebulan memang nampak murah sahaja berbanding RM 576 dan RM 767.

Sekarang, mari kita kira bayaran keseluruhan kepada pihak bank:

RM 470 x 12 bulan x 9 tahun = RM 50 800

RM 767 x 12 bulan x 5 tahun = RM 46 000.

Bezanya: RM 4 800.

Inilah nilai yang mampu anda jimat, sekiranya anda memilih pinjaman yang lebih pendek.

 


Leave a comment

Pendirian Sebahagian Ulama ASWJ Mengenai Politik Islam dan Demokrasi

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Apa khabar semua?

Memandangkan sekarang ini tengah `panas` lagi dengan isu pilihanraya, suka untuk saya kongsikan pandangan sebahagian ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengenai politik Islam dan demokrasi.

.

Pendirian sebahagian ulama-ulama ASWJ tentang politik Islam Demokrasi

Ini pendirianku dalam politik, begitu juga pendirian muhaddis besar dan ulama besar seperti Syeikh Muhammad Zakariyya Khandahlawi, Syeikh Asyraf Ali Thanwi, Syeikh Yusuf Khandahlawi, Syeikh Ilyas Khandahlawi, Syeikhul Hadis Mufti Radhaul Haq, Maulana Sulaiman Moola, Maulana Ibrahim Desai, Syeikh Yusuf Benori, Abuya Maliki al-Makki dan seluruh angkatan ulama Khandahlawi, angkatan ulama Afrika Selatan dan sebahagian angkatan ulama Deobandi, Habib Umar bin Hafiz, Habib Munzir, Habib Ali Jufri dan seluruh angkatan ulama Ba’lawi, begitu juga Syeikh Nuruddin Al-Banjari dan angkatan beberapa pondok dan madrasah di Malaysia.

.
Tolong jangan samakan politik yahudi dengan politik Nabi SAW. Mengaji dulu apa beza kedua-duanya.
Ulama-ulama di atas menolak politik yahudi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah SAW, mahabbah sunnah dan mahabbah umattu Rasulillah. Kita hadapi pemimpin zalim seperti ****, para Sahabat RA juga pernah hadapi pemimpin zalim seperti Hajjaj Bin Yusuf, tapi apa tindakan kita berhadapan dengan **** dan apa tindakan para Sahabat RA berhadapan dengan Hajjaj? Dan antara kedua-dua tareqah(jalan) penyelesaian ini, yang mana satu lebih disukai, diredhai dan mengikut piawaian yang ditetapkan Allah dan Nabi SAW. Mari kita mengikut jejak Nabi SAW dan sahabat RA.

.
Sollu ‘alan nabiyy.

.
Amaran: Kepada yang taksub dengan politik, jangan parking sini sebab perintah-perintah Nabi SAW ini bakal meremukkan hati kalian lalu jika kalian bangkang sekaligus membangkang Rasulullah SAW.

Sila baca dengan nada tenang dan bukan nada provokasi.

Dalil qat’ie yang 100% diambil dari hadis sahih :

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yangg ditindas oleh penguasanya maka hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yang keluar dari perintah sultan (penguasa) sejengkal saja maka ia mati dalam kematian jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah).

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang melihat kesalahan pada penguasanya yang tidak disukainya maka hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yang memisahkan diri dari kelompoknya lalu ia wafat maka ia wafat dengan kematian jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Berkata Zubair Bin Adiy ra : Kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan kekejian Hajjaj dan kejahatannya pada kami, maka berkata Anas ra : “Bersabarlah kalian, karena tiadalah datang masa kecuali yang sesudahnya akan lebih buruk, sampai kalian akan menemui Tuhan kalian, kudengar ini dari Nabi kalian (Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yg mengangkat senjata diantara kita (memerangi sesama Islam) maka bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw: “Janganlah kalian kembali pada kekufuran setelah aku wafat dengan saling bunuh (bergaduh) satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang melihat pada penguasanya sesuatu yangg tak ia sukai dari kemungkaran hendaknya ia bersabar, sungguh tiadalah seseorang memisahkan diri dari jamaah muslimin lalu ia wafat maka ia wafat dengan kematian jahilyah” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

Sabda Rasulullah saw: “Dengar dan patuhlah bagi seorang muslim selama ia tak diperintah berbuat maksiat, bila ia diperintah berbuat maksiat maka tak perlu dengar dan patuh” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

.

Kesimpulannya adalah Rasulullah saw dan kesemua para Imam dan Muhaddits Ahlussunnah Waljamaah tidak satupun menyeru pemberontakan dan perpecahan umat mengikut parti, selama pemimpin mereka Muslim maka jika diperintah maksiat mereka tidak perlu taat, bila diperintah selain dosa maka mereka taati.

Bagi ulama yang memperjuangkan parti seperti ulama PAS, itu satu ijtihad mereka dan kita tidak salahkan mereka bahkan kita menghormati mereka dan semangat mereka ingin perjuangkan Islam, jadi dalam soal ini kita kena berlapang dada, pejuang politik tak boleh sama sekali mencela Ahli Sunnah Waljamaah yang tidak ikut perjuangkan politik tapi lebih perjuangkan sunnah-sunnah Nabi SAW dan kesatuan ummah atas nama Islam kerana mereka ada dalil yang kuat dari lidah Nabi SAW sendiri.

Manakala pejuang sunnah pula tidak layak mencela ijtihad pejuang parti kerana ijtihad dibenarkan dalam Islam walaupun semua dalil mereka zhon(diragukan) dan tiada tsabit secara qat’ie sampai kepada Rasulullah SAW kerana tidak ada hadis yang bersetuju dengan sistem demokrasi dan politik kepartian.
Untuk melihat hadis-hadis Nabi SAW berkenaan penolakan Baginda SAW terhadap sistem demokrasi dan juga sistem “undilah saya”, sila rujuk Kitab Muntakhab Ahadith bab Ikramul Muslimin tulisan Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi dan juga Kitab Hayatus Sohabah ditulis pengarang yang sama, serta sedikit di dalam Kitab Futuhussyam tulisan Imam Al-Waqidi. Perjuangan parti Islam ialah ijtihad yang kita hormati kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim, dan kita juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dari negara demokrasi, tapi kami tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar.

Kami(para ahlu sunnah) lebih kepada mentarbiyyah umat berkenaan akidah yang sahih, feqah yang sahih dan tasawuf yang sahih, menumpukan perintah Allah yang besar seperti solat, puasa, zakat, haji, adab, akhlak seperti yang ditarbiyyah Rasulullah SAW. Kerana tak masuk neraka kalau tak mengundi dan ikut perjuangan parti, tapi confirm masuk neraka orang yang tak solat, puasa dan lain-lain. Jadi perkara yang lebih penting ditumpukan. Jika kami dapat berlapang dada dan menghormati perjuangan parti maka pejuang parti jangan lah mencela kami.

Note : Nabi SAW menjawab dan daku tunduk akur pada kekasih agung ku. Jangan menyokong dan jangan menentang, itu akhlak Nabi SAW

.

#Entry ini telah ditulis oleh seorang hamba Allah (semasa saya save info ini dalam notepad, saya terlupa untuk save sekali nama empunya FB. Jika ada siapa-siapa yang mengenali penulis asal, boleh maklumakn kepada saya agar saya boleh kreditkan kepada beliau)

Jazakallahu Khairan Kasira


Leave a comment

Tip buat duit dengan blog berdasarkan minat anda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pada malam ini saya akan kongsikan tip bagaimana nak menjana duit dari blog berdasarkan minat kita ^_^

  1. Firstly, tulis blog berdasarkan apa yang kita minat. Secara tak langsung, bila kita minat mengenai sesuatu perkara itu kita tidak akan jemu untuk update dan share segala info yang kita ada dengan pembaca. Tulis entry yang anda rasa berpengaruh dan mampu mendapat respon yang menggalakkan.
  2. Sentiasa pilih topik yang agak dipersoalkan atau juga menimbulkan kontroversi. Ini membantu lebih ramai orang komen tentang apa yang anda cakapkan. Ini akan menaikkan jumlah klik yang blog anda dapat dan ia akan dikemaskini dengan lebih baik, jadi anda boleh pasti anda dapat kedudukan yang baik dalam enjin carian juga.
  3. Terus kemaskini blog anda. Anda mesti buat sekurang-kurangnya 2-3 post blog seminggu. Lagi kerap anda update dengan entry terbaru lagi bagus!
  4. Gunakan kaedah seperti RSS feed supaya orang tahu setiap kali anda update artikel baru di blog anda dan mereka akan datang secara automatik.
  5. Sentiasa jadikan tabiat untuk melawat blog-blog lain yang sama subjek dengan blog anda, buatkan post padanya dan berikan link anda sekali. Ini membawakan lebih ramai orang ke blog anda dan prospeknya bertambah.

 

Semoga bermanfaat ^_^


Leave a comment

Pemilikan Rumah Pertama

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan mengenai Hutang Perlu dan Hutang Yang Tidak Perlu. Pada hari ini, saya akan cuba untuk memperincikan mengenai Hutang Yang Perlu dilakukan, iaitu Pemilikan Rumah Pertama.

 Pemilikan Rumah Pertama
download (1)

Bagi pemilikan rumah pertama, ia haruslah mengikut kemampuan individu. Rumah pertama anda mungkin rumah pangsa lima tingkat yang mempunyai dua buah bilik bagi keluarga yang baru mendirikan rumah tangga. Tujuan pemilikan rumah adalah untuk mempunyai tempat perlindungan keluarga. Ini memadai dengan rumah pangsa, jika kita tidak mampu memiliki rumah yang lebih selesa.

Daripada menyewa, adalah lebih baik untuk anda memilih membeli rumah walaupun kecil. Setidak-tidaknya ada pemilikan rumah berbanding menyewa rumah yang mana wang bayaran sewa akan hangus begitu sahaja.

Sebelum membuat pembelian rumah, senaraikan kesemua kos sampingan dan keseluruhan seperti kos berpindah, logistik dan pengangkutan. Jarak rumah dan tempat kerja juga antara faktor yang penting.

Seawal usia 20-30 an merupakan segmen mulai memiliki rumah pertama. Senaraikan ciri-ciri rumah kediaman yang diperlukan. Antaranya, berhampiran dengan tempat kerja supaya dapat menjimatkan kos perjalanan.


Leave a comment

Hutang Perlu Vs Hutang Tidak Perlu

Hai semua pembaca blog Shoutul Tech.

Kewangan anda bagaimana? Hutang banyak? Jangan sedih-sedih. Setiap masalah ada penyelesaiannya.

Untuk entry pada kali ini, saya akan kongsikan sedikit mengenai Hutang Yang Perlu dibuat dan Hutang Yang Tidak Perlu dibuat. Hah? Hutang pon ada yang perlu ke? Bukankah hutang tu tak baik? Relaks. Chill.

Saudara/i sekalian,

Dalam hidup kita kadang-kala kita tidak boleh lari dari hutang. Takda duit untuk makan, terpaksa pinjam kawan-kawan. Hari jadi scandal kawan hampir tiba, konon-konon nak buatkan surprise, tapi kewangan pula bermasalah. Perlukah meminjam?

download

Ada hutang yang perlu dibuat. Ada hutang yang tidak.

Bagi saya, antara hutang yang perlu adalah:

1)  Pemilikan rumah pertama

2) Pemilikan kereta/ kenderaan pertama

3) Yuran pendidikan anak-anak

4) Modal memulai perniagaan

5) Untuk menjelaskan hutang yang dikenakan kos yang lebih tinggi

6) Bantuan untuk ahli keluarga yang terdekat

download (1)

 

Manakala, ada beberapa kategori hutang yang tidak perlu yang dapat disenaraikan:

1) Hutang untuk menambah perabot, pakaian, aksesori kereta, barangan elektrik atau barangan pengguna yang lain

2) Hutang untuk mengubah suai rumah

3) Hutang untuk pembedahan kosmetik demi kecantikan wajah / tubuh badan

4) Hutang untuk melancong atau menunaikan haji/umrah

5) Hutang untuk kenduri kahwin secara besar- besaran

download (2)

 

Itu sahaja untuk entry kali ini. Insha Allah akan diperincikan dalam entry-entry akan datang.