Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Pemilikan Rumah Pertama

Dalam entry sebelum ini, saya ada menyatakan mengenai Hutang Perlu dan Hutang Yang Tidak Perlu. Pada hari ini, saya akan cuba untuk memperincikan mengenai Hutang Yang Perlu dilakukan, iaitu Pemilikan Rumah Pertama.

 Pemilikan Rumah Pertama
download (1)

Bagi pemilikan rumah pertama, ia haruslah mengikut kemampuan individu. Rumah pertama anda mungkin rumah pangsa lima tingkat yang mempunyai dua buah bilik bagi keluarga yang baru mendirikan rumah tangga. Tujuan pemilikan rumah adalah untuk mempunyai tempat perlindungan keluarga. Ini memadai dengan rumah pangsa, jika kita tidak mampu memiliki rumah yang lebih selesa.

Daripada menyewa, adalah lebih baik untuk anda memilih membeli rumah walaupun kecil. Setidak-tidaknya ada pemilikan rumah berbanding menyewa rumah yang mana wang bayaran sewa akan hangus begitu sahaja.

Sebelum membuat pembelian rumah, senaraikan kesemua kos sampingan dan keseluruhan seperti kos berpindah, logistik dan pengangkutan. Jarak rumah dan tempat kerja juga antara faktor yang penting.

Seawal usia 20-30 an merupakan segmen mulai memiliki rumah pertama. Senaraikan ciri-ciri rumah kediaman yang diperlukan. Antaranya, berhampiran dengan tempat kerja supaya dapat menjimatkan kos perjalanan.


Leave a comment

Pendapatan Pasif dan Aktif

Kita selalu ingin mencapai satu tahap iaitu ‘Financial Freedom’. Untuk mencapai tahap sebegini, kita tidak boleh bergantung hanya pada satu pendapatan. Pendapatan harus dipelbagaikan.

Image

Pendapatan Pasif

Image

Pendapatan pasif bermaksud, pendapatan yang diperoleh tanpa kita perlu bekerja sendiri. Maksudnya, wang atau harta kita yang bekerja. Antara sumber pendapatan pasif:

1) Dividen pelaburan amanah saham.

2) Faedah daripada simpanan tetap.

3) Sewa rumah, kedai, kereta, tanah dsbnya.

4) Royalti daripada penulisan atau muzik.

5) Dividen perniagaan

6) Income dari downline

Pendapatan Aktif

Berikut adalah beberapa kategori pendapatan yang aktif:

1) Gaji bulanan daripada majikan

2) Kerja lebihan masa

3) Kerja part time seperti menjadi guru tuisyen, pensyarah sambilan, penulis sambilan

4) Elaun perjalanan, makanan dan lain-lain yang berkaitan dengan pekerjaan.

5) Hasil komisen daripada produk jualan sama ada secara offline atau online

Pelbagai sumber kewangan boleh dimanfaatkan. Hanya kita yang perlu berusaha. Insya Allah berjaya.


Leave a comment

Kisah Atok

Hari ini, Ahad 21 April 2013. Umur saya sudah menjangkau 23 tahun.

Saya ingin berkongsi kisah seorang lelaki yang banyak saya menumpang kasih dengannya. Kisah atok saya.

Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, dalam keluarga yang agak sibuk dan berpindah randah. Ayah, merupakan seorang anggota tentera, yang sering berpindah, manakala, ibu, seorang pegawai insuran. Atas kesibukan ibu dan ayah, memaksa kami dibesarkan oleh atok dan wan.

Atok dan wan tinggal di sebuah kawasan setinggan di ibu kota.

KISAH BERMULA DI SINI

Atok, seorang yang sangat setia pada cucu-cucunya. Semenjak dilahirkan, sehinggalah saya berusia 18 tahun, saya tidak pernah berpisah dengan atok dan wan.

Atok setia menghantar dan mengambil cucu-cucu nya dari sekolah, mulai saya tadika sehinggalah saya tingkatan 5.

Pernah suatu ketika dahulu, saya merajuk ketika pulang dari tadika apabila atok lewat mengambil saya dari sekolah.

“Atok mintak maaf. Tadi ada orang beli kelapa kat kedai”

” Ika takut duduk kat sekolah tu sorang-sorang,”

Saya menangis pulang ke rumah. Seharian merajuk.

Setiap kali tertinggal barang di rumah, atok akan menghantarnya ke sekolah. Recorder, buku, lencana sekolah. Macam-macam hal cucu seorang ni.

Pernah suatu masa dahulu, kereta tua atok sering kali rosak. Atok akan mengambil saya dengan menunggang basikal. Kasihan melihat cucunya memikul beban buku yang amat sangat.

” Hari ini kena sign report card kat sekolah. Ibu kerja. Ayah takda,” kata saya suatu hari.

“Tak apa. Nanti atok datang tolong signkan,” balas atok.

Semasa keputusan PMR diumumkan, saya mendapat 8A. Atok memberi saya hadiah wang tunai RM 10.

“Atok tak ada duit. Nah hadiah,” kata atok.

Sedang saya di matrikulasi, atok menghubungi saya.

” Jangan nangis-nangis. Belajar rajin-rajin” pesan atok.

Sedih mendengar suara atok di corong telefon.

Kini, atok tidak lagi sesihat dahulu. Sudah tidak mampu untuk berdiri sendiri, berjalan sendiri. Dan saya sedih melihat keadaan atok.

Atok, hero selepas ayah. Saya sayang atok.

photo


Leave a comment

Bila berada di antara 2 persimpangan

Setiap masa, kita dikehendaki membuat keputusan. Ada kala, keputusan yang kita pilih itu kelihatan bijak. Kadang kala tersasar juga.

Bagaimana apabila kita berada di antara 2 persimpangan?

download

 

Perkara ini sering terjadi kepada saya. Setiap kali saya ingin membuat keputusan, kadang kala hati kecil bertanya, betul ke apa yang aku buat ni?

Antara perkara yang sering menghantui diri saya adalah cabang selepas menamatkan pengajian di universiti. Sama ada, mahu makan gaji, atau bekerja sendiri.

Ada beberapa pilihan dalam diri. Antaranya:

1) Menyambung pengajian master, kemudian bekerja sebagai jurutera

2) Bekerja di industri, kemudian menyambung master

3) Bekerja di industri kemudian bekerja sendiri

4) Bekerja sendiri kemudian bekerja di industri

Hasil perbincangan dengan beberapa orang kenalan, ibu bapa, kajian sendiri, akhirnya pilihan ke empat menjadi pilihan saya. Ingin bekerja sendiri selepas tamat pengajian selama 2 tahun, kemudian bekerja di industri sebagai jurutera. Mungkin menjadi persoalan dalam benak fikiran anda. Kenapa terus bekerja sendiri?

Antara jawapan saya:

1) Masih bujang. Uruskan hidup sendiri lebih mudah

2) Mahu mengembara. Belajar untuk hidup

3) Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan

4) Mahu mencuba nasib. Dalam masa 2 tahun selepas tamat pengajian, gaji taklah seberapa banyak.

5) Mahu menyertai industri untuk mengejar title Ir.

Moga dipermudahkan urusan. Doakan saya!


Leave a comment

Pulanglah, wahai anakanda!

“Arghh.. Tension.. Tension,”

“Kenapa benda semua jadi pada aku?”

“Ya Allah, kenapa aku rasa macam ni?”

Disebalik gelak tawa, tersimpan satu perasaan. Perasaan yang aku sendiri tidak inginkan.  Mengingatinya mampu membuatkan aku rebah beberapa hari. Termuntah dan pelbagai lagi rasa yang tidak enak.

Aku cuba untuk menyibukkan diri. Menyiapkan laporan makmal, projek sarjana muda. Tapi seolah-olah ianya tidak berhasil. Aku mengambil Buku Secangkir Teh Pengubat Letih, karya Ustaz Hasrizal. Aku seolah-olah mendapat jawapan. Ustaz punya perasaan yang sama. Ya. Mahu lari dari kehidupan hari ini. Balik ke kehidupan semalam. Lari dari pelbagai masalah kini. Politik, ekonomi, masalah peribadai yang tidak pernah selesai. Hanya jasad di sini. Namun tidak hati dan perasaan.

Dan pada hari ini, aku berniat untuk pulang ke kampung. Pulang untuk menghilangkan derita hari ini.