Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Jumaat Terakhir sebelum kedatangan bulan Rejab

Assalamualaikum, sobahul khair semua ^_^

Sedar tak sedar bulan Jamadil Akhir akan pergi meninggalkan kita. Hari ini hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Jamadil Akhir (1434). Insya-Allah malam ini akan bermulalah salah satu bulan yang mulia disisi Islam iaitu bulan Rejab.

Ahlan wa sahlan ya Rejab.

Jika dipanjangkan umur, Insya-Allah dua bulan lagi kita akan bertemu dengan bulan Ramadhan.

Imam Syafi’i Rahimahullah berkata, antara malam yang mustajab doanya adalah malam 1 Rejab.

Moh kite banyakkan berdoa untuk diri kita sendiri, keluarga, masyarakat, negara dan seluruh umat Islam. Seperti mana kita harapkan keamanan untuk negara kita, berdoalah juga untuk saudara-saudara kita di bumi Palestin, Myanmar, Syria, Selatan Thai dan di seantero dunia.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Semoga Allah golongkan kita dalam golongan hambaNYA yang mendapat kebaikan didunia dan diakhirat. Amiin Ya Allah.

“Ya Allah, berkati kami pada bulan Rejab dan Sya`ban. Sampaikan kami ke bulan Ramadhan. Amiinn”

.

……………………………………………………………………

bulan rejab

Advertisements


Leave a comment

Pendirian Sebahagian Ulama ASWJ Mengenai Politik Islam dan Demokrasi

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Apa khabar semua?

Memandangkan sekarang ini tengah `panas` lagi dengan isu pilihanraya, suka untuk saya kongsikan pandangan sebahagian ulama-ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) mengenai politik Islam dan demokrasi.

.

Pendirian sebahagian ulama-ulama ASWJ tentang politik Islam Demokrasi

Ini pendirianku dalam politik, begitu juga pendirian muhaddis besar dan ulama besar seperti Syeikh Muhammad Zakariyya Khandahlawi, Syeikh Asyraf Ali Thanwi, Syeikh Yusuf Khandahlawi, Syeikh Ilyas Khandahlawi, Syeikhul Hadis Mufti Radhaul Haq, Maulana Sulaiman Moola, Maulana Ibrahim Desai, Syeikh Yusuf Benori, Abuya Maliki al-Makki dan seluruh angkatan ulama Khandahlawi, angkatan ulama Afrika Selatan dan sebahagian angkatan ulama Deobandi, Habib Umar bin Hafiz, Habib Munzir, Habib Ali Jufri dan seluruh angkatan ulama Ba’lawi, begitu juga Syeikh Nuruddin Al-Banjari dan angkatan beberapa pondok dan madrasah di Malaysia.

.
Tolong jangan samakan politik yahudi dengan politik Nabi SAW. Mengaji dulu apa beza kedua-duanya.
Ulama-ulama di atas menolak politik yahudi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah SAW, mahabbah sunnah dan mahabbah umattu Rasulillah. Kita hadapi pemimpin zalim seperti ****, para Sahabat RA juga pernah hadapi pemimpin zalim seperti Hajjaj Bin Yusuf, tapi apa tindakan kita berhadapan dengan **** dan apa tindakan para Sahabat RA berhadapan dengan Hajjaj? Dan antara kedua-dua tareqah(jalan) penyelesaian ini, yang mana satu lebih disukai, diredhai dan mengikut piawaian yang ditetapkan Allah dan Nabi SAW. Mari kita mengikut jejak Nabi SAW dan sahabat RA.

.
Sollu ‘alan nabiyy.

.
Amaran: Kepada yang taksub dengan politik, jangan parking sini sebab perintah-perintah Nabi SAW ini bakal meremukkan hati kalian lalu jika kalian bangkang sekaligus membangkang Rasulullah SAW.

Sila baca dengan nada tenang dan bukan nada provokasi.

Dalil qat’ie yang 100% diambil dari hadis sahih :

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yangg ditindas oleh penguasanya maka hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yang keluar dari perintah sultan (penguasa) sejengkal saja maka ia mati dalam kematian jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah).

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang melihat kesalahan pada penguasanya yang tidak disukainya maka hendaknya ia bersabar, sungguh barangsiapa yang memisahkan diri dari kelompoknya lalu ia wafat maka ia wafat dengan kematian jahiliyah” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Berkata Zubair Bin Adiy ra : Kami mendatangi Anas bin Malik mengadukan kekejian Hajjaj dan kejahatannya pada kami, maka berkata Anas ra : “Bersabarlah kalian, karena tiadalah datang masa kecuali yang sesudahnya akan lebih buruk, sampai kalian akan menemui Tuhan kalian, kudengar ini dari Nabi kalian (Muhammad saw)” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yg mengangkat senjata diantara kita (memerangi sesama Islam) maka bukan dari golongan kita” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw: “Janganlah kalian kembali pada kekufuran setelah aku wafat dengan saling bunuh (bergaduh) satu sama lain” (Shahih Bukhari Bab Fitnah)

Sabda Rasulullah saw: “Barangsiapa yang melihat pada penguasanya sesuatu yangg tak ia sukai dari kemungkaran hendaknya ia bersabar, sungguh tiadalah seseorang memisahkan diri dari jamaah muslimin lalu ia wafat maka ia wafat dengan kematian jahilyah” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

Sabda Rasulullah saw: “Dengar dan patuhlah bagi seorang muslim selama ia tak diperintah berbuat maksiat, bila ia diperintah berbuat maksiat maka tak perlu dengar dan patuh” (Shahih Bukhari Bab Ahkam)

.

Kesimpulannya adalah Rasulullah saw dan kesemua para Imam dan Muhaddits Ahlussunnah Waljamaah tidak satupun menyeru pemberontakan dan perpecahan umat mengikut parti, selama pemimpin mereka Muslim maka jika diperintah maksiat mereka tidak perlu taat, bila diperintah selain dosa maka mereka taati.

Bagi ulama yang memperjuangkan parti seperti ulama PAS, itu satu ijtihad mereka dan kita tidak salahkan mereka bahkan kita menghormati mereka dan semangat mereka ingin perjuangkan Islam, jadi dalam soal ini kita kena berlapang dada, pejuang politik tak boleh sama sekali mencela Ahli Sunnah Waljamaah yang tidak ikut perjuangkan politik tapi lebih perjuangkan sunnah-sunnah Nabi SAW dan kesatuan ummah atas nama Islam kerana mereka ada dalil yang kuat dari lidah Nabi SAW sendiri.

Manakala pejuang sunnah pula tidak layak mencela ijtihad pejuang parti kerana ijtihad dibenarkan dalam Islam walaupun semua dalil mereka zhon(diragukan) dan tiada tsabit secara qat’ie sampai kepada Rasulullah SAW kerana tidak ada hadis yang bersetuju dengan sistem demokrasi dan politik kepartian.
Untuk melihat hadis-hadis Nabi SAW berkenaan penolakan Baginda SAW terhadap sistem demokrasi dan juga sistem “undilah saya”, sila rujuk Kitab Muntakhab Ahadith bab Ikramul Muslimin tulisan Syeikhul Hadis Maulana Muhammad Yusuf Khandahlawi dan juga Kitab Hayatus Sohabah ditulis pengarang yang sama, serta sedikit di dalam Kitab Futuhussyam tulisan Imam Al-Waqidi. Perjuangan parti Islam ialah ijtihad yang kita hormati kerana bagi mereka ia satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim, dan kita juga mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat dari negara demokrasi, tapi kami tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan sebenar.

Kami(para ahlu sunnah) lebih kepada mentarbiyyah umat berkenaan akidah yang sahih, feqah yang sahih dan tasawuf yang sahih, menumpukan perintah Allah yang besar seperti solat, puasa, zakat, haji, adab, akhlak seperti yang ditarbiyyah Rasulullah SAW. Kerana tak masuk neraka kalau tak mengundi dan ikut perjuangan parti, tapi confirm masuk neraka orang yang tak solat, puasa dan lain-lain. Jadi perkara yang lebih penting ditumpukan. Jika kami dapat berlapang dada dan menghormati perjuangan parti maka pejuang parti jangan lah mencela kami.

Note : Nabi SAW menjawab dan daku tunduk akur pada kekasih agung ku. Jangan menyokong dan jangan menentang, itu akhlak Nabi SAW

.

#Entry ini telah ditulis oleh seorang hamba Allah (semasa saya save info ini dalam notepad, saya terlupa untuk save sekali nama empunya FB. Jika ada siapa-siapa yang mengenali penulis asal, boleh maklumakn kepada saya agar saya boleh kreditkan kepada beliau)

Jazakallahu Khairan Kasira


Leave a comment

Zakat, Elemen Penyubur Harta

“Dan dirikanlah kamu akan solat, serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”.

(Surah An Nur 24: 56)

Apa itu zakat?

Zakat, dari segi bahasa bererti ‘bersih, suci, subur, berkat dan berkembang. Dari segi syarak pula, bermaksud mengeluarkan harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf yang berhak menerima dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.images

Mengapa perlu mengeluarkan zakat?

Zakat adalah satu daripada rukun Islam yang lima. Antara hikmah mengeluarkan zakat ialah:

1) Mengagihkan sebahagian harta dan kekayaan golongan berada kepada golongan yang kurang berada.

2) Membersihkan diri pembayar zakat.

3) Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah dalam kalangan golongan yang berada.

4) Mengurangkan perasaan iri hati dalam kalangan yang kurang bernasib baik.

5) Mewujudkan kesatuan dalam kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

Dan banyak lagi hikmah yang menanti.

Apakah syarat-syarat wajib zakat?

images (1)

 

1) Islam. Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.

2) Merdeka. Zakat tidak wajib bg orang yg tidak merdeka.

3) Sempurna milik.

4) Cukup nisab dan cukup haul.

Harta yang wajib zakat

download

 

1) Zakat Fitrah

2) Zakat Harta


Leave a comment

Aku Terima Nikahnya

jom kahwin shoutul tech

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

.

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.

Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.

Dia mungkin bertudung labuh.

Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.

Aku Terima Nikahnya.
-Ustaz Hasrizal-

.

#Pesan seorang teman, jangan terlalu mengharap yang berpurdah apatah lagi yang berstatus ustazah, cukuplah yang biasa-biasa saja asalkan dia ada keinginan kepada agama, dia ada usaha untuk berubah dan dia bersedia untuk menerima segala nasihat dan teguran, itu pun dah cukup memadai. Insya-Allah, akan tiba masanya nanti. Sabar yer ^_^


Leave a comment

Syukur, Kita Mendapat Musibah!

Tatkala mendapat perkabaran gembira kita sering terbitkan rasa syukur itu. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah.

“Si polan bin si polan tu nak berkahwin minggu hadapan. Syukur, Alhamdulillah. ”  jawab kita.

” Tahniah Encik Polan. Anda telah dinaikkan pangkat mulai hari ini,” Syukur Alhamdulillah. Jawabnya.

Tapi, bagaimana pula reaksi kita apabila mendapat perkabaran buruk?

“Mulai hari ini, abang ceraikan kamu dengan talak satu! Kita dah tak sehaluan,” . 

Seperti mahu terputus nyawa apabila mendengarnya.

“Maaf encik. Kami tak dapat nak menyelamatkan nyawa anak encik,” kata doktor.

Jatuh tersungkur seorang ibu apabila mendapat berita tersebut. Satu-satunya anak mereka, telah meninggal dunia.

Amat mudah untuk kita melafazkan kesyukuran disebalik kesenangan. Namun, kadang-kala payah bila mendapat musibah.

Saya bukanlah malaikat, atau ahli sufi yang tidak punya sebarang perasaan. Seperti manusia lain, saya sering kali diuji. Diuji dengan kegagalan dalam percintaan. Kegagalan dalam akademik. Kegagalan dalam perniagaan. Gagal kadang-kala memikul tugas sebagai seorang anak.

Tapi, sahabat semua, bersyukurlah kerana diuji. Bukti, Tuhan masih sayangkan kita! Bukti kita masih lagi hambaNya yang lemah.

Mari,sahabat semua. Mulai hari ini, positifkan minda. Syukurlah, kita mendapat musibah!

“Alhamdulillah. Anak saya meninggal. Syurga sudah menjadi jaminan untuk dirinya!” kata si ibu.

“Alhamdulillah. Diberhentikan kerja.Dapat juga berehat di rumah sebentar. Ya Allah. Moga ada rezeki yang lebih baik!” doa si pekerja.

Bersyukurlah andai ditimpa musibah.

Kuatkan semangat. Positifkan minda. Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Tinggalkan kenangan dahulu. Mulakan hidup baru,

download

Dari,

Hamba yang kadang kala lupa untuk bersyukur!


Leave a comment

Amalan & Doa

“Rezeki itu di tangan Tuhan,”

“Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia tiada siapa pun yang tahu,”

“Apa boleh buat. Bukan rezeki,” 

Begitulah perumpamaan yang sering diungkapkan membabitkan persoalan rezeki. Sebagai seorang muslim, kita tidak mampu menolak qada’ dan qadar yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa amalan yang telah saya ambil dari seorang ahli perniagaan. Beliau masih muda, tapi punya ilmu agama yang tinggi, di samping mempunyai kestabilan perniagaan dalam bidang kejuruteraan dan alatan elektronik.

Antara amalan-amalan pemurah rezeki yang pernah diajar kepada kami, peserta-peserta kursus keusahawanan pada masa itu adalah:

1) Solat subuh janganlah ditinggalkan.

2) Membaca zikir ” Ya Kareem, Ya Wadud, Ya Razak” sebanyak 100 kali.

3) Membaca surah Al Waqiah. Surah Al-Waqiah memang terkenal sebagai surah pemurah rezeki.

Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.

Rasulullah SAW bersabda:

“Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada”

“Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”

4) Mengamalkan solat sunat Dhuha. Solat dhuha, amat terkenal sebagai amalan pemurah rezeki.

 emas