Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Jadi Kaya Dengan Minat

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat-sahabat semua.

Ok, entry pada pagi ini adalah sambungan kepada entry saya sebelum ini iaitu Minat + Kerja = Buat Duit!

Dalam entry sebelum ini saya ada menyentuh mengenai isu minat yang menjadi asbab kepada penghasilan output yang berkualiti bagi sesuatu tugasan itu. Kerja yang berkualiti akan menyebabkan kita disayangi majikan, malah pelanggan juga akan berpuas hati. Keuntungan di dalam sesuatu perniagaan itu berkait rapat dengan kepuasan pelanggan

Hari ini saya akan kongsikan beberapa kisah insan yang telah berjaya dalam bidang mereka masing-masing. Mereka menjadi kaya kerana MINAT!

work at shoutul tech

Jom kita luangkan sedikit masa untuk mengkaji sejarah hidup J.K. Rowling. Atau fikir tentang Roger Ebert. Atau fikir tentang Donald Trump. Atau fikir tentang Paul Greengrass. Inilah orang-orang yang amat kaya. Tetapi apa yang buatkan mereka kaya? Mereka menjadi kaya bukan melalui perkara yang mereka tidak suka buat tetapi mereka kaya melalui perkara yang mereka benar-benar suka buat, perkara yang mereka fikir ia memang wujud untuk diri mereka.

J. K. Rowling mempunyai minat menulis sejak dia kecil. Dia mula menulis semasa dia masih seorang budak. Meskipun pelbagai kepayahan dalam hidupnya, dia tidak putus asa. Dia terus menulis bila-bila masa dia boleh. Dengan dua anak dalam tanggungan, wanita ini menjelmakan fenomena fiksyen dalam generasi kita iaitu Harry Potter. Semasa dia membuat Harry Potter, pernahkah dia fikir dia boleh jadi lebih kaya daripada Permaisuri? Tidak pernah sama sekali. Dia sekadar menulis. Dia berikan lubang kepada minatnya. Yang lain hanya berlaku.

Mungkin tiada cinematophile yang gilakan filem seperti Roger Ebert. Dia menulis ulasan filem yang boleh dikatakan untuk setiap filem yang diterbitkan. Lihatlah bagaimana dia menukarkan minatnya terhadap filem kepada kerjaya? Ulasan filemnya adalah paling tinggi hadiahnya dan dia dibayar dengan banyak kerana menonton filem dan menulis hasil pemerhatian tentang filem tersebut!

Perlukah seseorang bercakap apa-apa tentang Donald Trump? Perniagaan ialah kehandalannya, minatnya. Dan dia tidak boleh dihentikan. Apabila dia ada satu urusniaga berjalan, dia melabur ke dalam urusniaga lain. Dia juga tiada masa untuk berhenti dan fikir tentang wang. Dia cuma berikan lubang kepada minat semulajadinya, membenarkan minat itu mempamerkan dirinya sendiri dalam apa-apa cara yang ia mahu.

Paul Greengrass dikenali sebagai salah seorang pengarah yang paling baru mendapat kuasa di Hollywood hari ini. Cara pengarahannya pernah dikritik sebelum ini, terutamanya kegemarannya menggunakan shaky camera moves (pergerakan kamera bergoyang), tetapi adakah dia mengubah caranya untuk menyenangkan hati diktator tadi? Tidak, tidak! Dan apa yang dia dapat? Siri The Bourne! Dan filemnya menjadi kegilaan. Tidak lupa juga, dia telah menjadi sangat kaya.

Kejar minat anda. Jangan pedulikan ejekan. Adakah anda mahir tentang sesuatu, sangat mahir yang anda rasa ia mampu memberikan anda wang? Jadi jangan ragu-ragu lagi. Anda memang memilikinya dalam diri anda untuk buat duit daripadanya.

love-your-job

Advertisements


1 Comment

Minat + Kerja = Buat Duit!

monday-blues

“Aku tak minat pun keje nie, tapi dah terpaksa nak buat macam mana”

“Hari-hari mengadap keje nie, bosannyerrrrrr!”

“Esok hari Isnin? Arrghhhh! Boringnya!”

 

Ini antara luahan yang biasa saya dengar dari rakan-rakan yang telah bekerjaya.

Yups, kita perlu bekerja kerana itu adalah salah satu usaha dalam mencari rezeki.

Tapi cuba bayangkan, jika keluhan seperti yang saya tulis di atas itu diluahkan, apa maksudnya?

Ini adalah simptom yang sedang merebak dalam masyarakat kita.

Ramai yang gembira apabila mereka mendapat pekerjaan, tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang rasa TERPAKSA untuk bekerja.

Salah satu puncanya adalah kerana TIDAK MINAT dengan pekerjaan yang mereka lakukan itu.

“Alaaa. Minat tu boleh dipupuk. Kerja jer”

Saya sokong dengan statement tu. Tetapi berapa ramai yang dapat tukar dari tidak minat kepada minat dengan kerja mereka?

Kepada yang berjaya untuk jatuh cinta pada kerjaya mereka, TAHNIAH saya ucapkan.

Tetapi kepada yang tidak berjaya bagaimana pula?

MINAT adalah sesuatu perkara yang penting dalam memastikan kita IKHLAS dalam bekerja.

Dari minat juga akan memastikan setiap tugasan yang kita lakukan itu berkualiti.

Tidak timbul isu bosan, mengeluh dan sebagainya seandainya kita minat dengan sesuatu pekerjaan itu.

minat kerja shoutul tech business

Ada rakan saya yang sanggup berheni kerja walaupun ketika itu gajinya mencecah ribuan ringgit. Dia tinggalkan kehidupan yang mewah untuk mencari suatu kerjaya yang dia minat. Alhamdulillah, dia sengsara sekejap sahaja. Kini dia bahagia, malah bertambah mewah lagi dari sebelumnya. Dia kerja dalam bidang yang dia minat. Income bulanan dia sekarang jauh lebih banyak dari pekerjaan lamanya.

Insya-Allah untuk next entry saya akan berkongsi cerita mengenai jutawan-jutawan yang telah berjaya dalam bidang mereka kerana mereka mempunyai MINAT!