Shoutul Tech

Business Is Sunnah

Kaya adalah hak kita, tidak kaya juga adalah hak kita

Leave a comment

 

images

Kaya adalah hak kita, tidak kaya juga adalah hak kita ^_^

Tidak perlu dikeluh-kesahkan dan tidak perlu diratapi. Sekiranya hanya hati kita sahaja yang mahu kaya, tetapi jiwa, akal dan langkah kita masih miskin, kita tetap miskin dan itu adalah hak kita.

Kita memilih untuk menjadi miskin walaupun kita tidak mengakuinya. Memang benar tiada orang yang mahu menjadi miskin.

Ada diantara kita mahu menjadi kaya tetapi masih mengamalkan langkah miskin, berfikiran miskin dan menyalahkan orang lain atas kemiskinan kita sendiri.

Apabila kita memilih untuk miskin, sebaik-baiknya tidak perlu menagih hak daripada orang lain, terutamanya daripada orang yang lebih kaya. Orang kaya ini dahulunya miskin tetapi mengubah diri dan persekitaran, berkorban masa dan keluarga hingga berjaya, kita yang masih miskin menuntut hak pula.

Adilkan kita kepada mereka? Lihatlah diri kita sendiri. Apa yang kita lihat, itulah diri kita. Jangan pandang cermin, tapi duk berangan dalam cermin tu Tom Cruise ker, Aaron Aziz ker ^_^

Tapi jangan kita letakkan kekayaan itu pada wang dan harta semata-mata. Itu materialistik namanya. Biarkan dunia ini bersifat materialistik tetapi bukan diri kita. Pandanglah istilah kaya itu dari sudut dan pandangan yang lebih luas.

agama-orang-miskin-dakwah-islam-199x300

Ada yang mengatakan harta kekayaan tidak dibawa mati. Tapi ramai juga yang kaya di dunia dan di akhirat kerana mereka ikhlas membelanjakan kekayaan dengan cara yang baik.

Ramai yang beranggapan bahawa harta kekayaan boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar kacir, adik beradik berbunuhan dan bermacam tanggapan negatif lain lagi. Berbagai-bagai tanggapan negatif dan menakutkan. Seolah-olah menjadi satu dosa apabila seseorang itu kaya. Tanggapan ini akan memundurkan minda dan diri kita sendiri.

Sebaliknya ramai yang lupa kemiskinan kadang-kadang menjadikan sesetengah orang itu menjadi kufur kerana menyalahkan takdir. Kita juga lupa kemiskinan banyak menyebabkan kesengsaraan dan kematian seperti kes curi, samun, ragut, menagih dadah dan lain-lain lagi penyakit sosial.

Jadi, pilihlah sama ada mahu menjadi kaya atau miskin.

Kaya adalah hak anda, tidak kaya juga adalah hak anda ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s