Shoutul Tech

Business Is Sunnah

Yakinkan Prospek Dengan Produk Anda

Leave a comment

Salah satu kesilapan terbesar perniagaan yang sering lakukan ialah mereka hanya fikir untuk memenuhi tabung mereka. Mereka tiada rasa hormat terhadap pelanggan mereka, padahal pelangganlah sebenarnya yang menukarkan perniagaan kepada perusahaan bisnes yang berjaya.

Ada juga cerita lain. Terdapat sesetengah orang yang ada hati di tempat yang betul. Mereka sedar bahawa mereka mesti menyediakan kualiti yang baik kepada pelanggan mereka. Mereka memang melakukannya. Tetapi kemudian mereka tidak dapat buat orang yang mereka ‘target’ faham bahawa mereka menyediakan kualiti yang hebat. Mereka kekurangan kata-kata peransang. Mereka kekurangan kuasa untuk mencapai sasaran.

 download

Ciri penting untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah seni meyakinkan orang.

Anda mesti yakinkan orang bahawa:-

®    Produk anda wajar dengan minat mereka. Anda ada sesuatu untuk diberikan kepada mereka yang orang lain tiada.

®    Produk anda lebih baik daripada produk-produk lain di pasaran.

®    Produk anda sarat dengan faedah-faedah yang boleh buat memudahkan kehidupan mereka.

®    Produk anda tidak semahal produk lain, atau sekurang-kurangnya, berbaloi dengan jumlah wang yang dilaburkan.

images

Apabila anda membawa perkara-perkara ini menyeberangi populasi sasaran anda, anda pasti berjaya membangunkanperniagaan anda.

Tetapi kita akan menyatakan dengan jelas cara terbaik itu sendiri di sini. Cara terbaik, mestilah, membuatkan orang faham mengapa mereka harus berfikir untuk membeli produk anda. Orang harus tahu apakah benda istimewa yang produk anda boleh tawarkan kepada mereka. Mereka harus faham mengapa mereka inginkan produk anda.

 Cipta keperluan. Bisnes akan ikut.

Lihat di sekeliling. Syarikat-syarikat besar juga menggunakan strategi ini. Mereka bersuara tentang satu ciri unik yang produk mereka ada, satu cara yang mana mereka boleh penuhi keperluan tertentu. Walaupun 99% kandungan produk menyerupai produk yang lebih murah di pasaran, orang lebih terpikat pada produk yang diiklankan dengan lebih baik, asalkan ia barkait rapat dengan bagaimana ia mampu memenuhi keperluan penting yang khusus.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s