Shoutul Tech

Business Is Sunnah

Bila nak start bisnes?

Leave a comment

How-to-start-a-business2

Survey

Dari survey yang pernah saya buat dahulu, ramai student yang berminat untuk buat bisnes lepas habis belajar nanti. (Survey dikalangan rakan-rakan di UTeM)

Nisbah dari 10 orang student, 9 orang yang berminat untuk buat bisnes.
Lagi seorang berminat untuk kerja makan gaji. Ada pencen katanya.

Dari 9 orang tu, hanya 2 orang yang dah start belajar dan buat bisnes kecil-kecilan semasa tengah belajar kat universiti lagi ni.

Yang lain2 tu macam mana? Ini antara jawapan mereka :

“Nanti lepas habis degree nie aku belajar la buat bisnes”
“Tak sempat la, banyak assignment nak kena buat”
“Aku bukan tak nak start, tapi modal tak ada la”
“Ko ingat senang ke nak buat bisnes nie? Kurang2 pun kena tunggu 3-4 tahun pengalaman baru boleh buat bisnes”
“Aku minat, tapi tak tahu nak start dengan bisnes apa”

… dan macam-macam jawapan lagi…

.

Contoh

Cuba kita ambil contoh bagaimana persediaan seorang pelajar yang mempunyai sasaran untuk menjadi engineer pada umur 24-25 tahun.

Saya ambil contoh diri saya sendiri.
Target jadi engineer : Umur 25 tahun.
Belajar di politeknik : 3 tahun (Diploma in Mechatronic Engineering)
Belajar di universiti : 3 tahun (Degree in Mechatronic Engineering)
So total persediaan untuk jadi engineer adalah 6 tahun. (Zaman sekolah kita tolak tepi dulu ^_^)

.

So, macam pula kalau target nak buat bisnes?

Begitu juga dengan bisnes.
Untuk memiliki perniagaan yang stabil keuntungannya perlukan persediaan yang cukup.

So, kita kena start belajar selok belok bisnes dari sekarang.
Belajar sikit-sikit dulu pun tak per. Tak perlu gelojoh sangat. Biar ikut flow.
Lagi lambat kita mengorak langkah, lagi lambat la kita nak capai cita-cita.

Start-a-Business

.

Mulakan perniagaan di universiti

Bisnes di universiti adalah salah satu platform yang terbaik untuk mula belajar.
Kita ada ramai kenalan. Senang nak market barang.
Tak perlu nak ada kedai. Gunakan FB dan blog, itu pun dah cukup.

Modal? Tak perlu modal besar-besar.
Kita start dengan modal air liur jer dulu.
Guna konsep dropship@agen.
Kita tolong promote produk orang lain, amik untung komisyen jer dulu.
Join mana-mana group/page yang ada bisnes, mesej penjual tu tanya dia amik agen tak?

How-To-Start-An-Online-Business

.

Nak jual produk apa?

Tak tahu nak berniaga apa?
Kena buat suvey sikit. Paling simple, masuk group/page orang buat bisnes tengok produk apa yang dapat permintaan tinggi.
Tapi tak semua produk yang tengah top sekarang nie semua orang perlukan, so kena la pelbagaikan lagi produk yang kita promote. Kena buat survey lebih sikit.
Buat masa nie kita tak guna modal, so tak perlu nak fikir sangat pasal kerugian ^_^

Belajar bagaimana nak buat marketing, macam mana nak berkomunikasi dengan pelanggan, bagaimana nak yakinkan pelanggan dan lain-lain lagi.

Saya bagi contoh beberapa orang rakan-rakan yang dah start buat bisnes di UTeM:
1. Zarith Zulaikha : Kereta sapu. Modal : Minyak kete. Gunakan sumber (kereta) yang kita ada.
2. Mohd Razali Baharon : T-shirt. Dekat universiti ada banyak program yang bagi t-shirt free(ada sponsor), so boleh contact PIC untuk deal harga.
3. Muhammad Asri Yaakub : Jual tudung. Siapa kata orang laki tak boleh jual tudung? ^_^
4. Leya Nelly Zawawi : Kereta sewa, jersey, minyak wangi, beg bla bla. Banyak benda dia jual. Hehehe
5. Shuhada Ahmad : Kek, durian crepe, tudung, blouse.
6. Nik Fariz : Buku dan produk-produk Islam.
7. IR Nur Nabila : Tudung labuh (handmade)

(*nama tu berdasarkan FB dia orang ^_^)

.

Lahir_lebih_ramai_usahawan_IPTA

.

Saya tak pandai pun dalam bisnes. Baru nak start belajar-belajar.
Ilmu yang sikit kalau kita kongsi Insya-Allah akan bertambah.
Sekarang banyak membaca karya@tulisan Fazrul Ismail, Shah Sovi, Raja Kamil, Azizan Osman dan banyak lagi otai-otai bisnes. Banyak input yang berguna dari FB, blog, website mereka.

Doakan semoga saya tergolong dalam golongan usahawan yang dapat membantu menaikkan ekonomi umat Islam.

#Business is sunnah, jadikan ianya sebagai salah satu platform untuk kita ke jannah ^_^

mohktar bukhary

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s