Shoutul Tech

Business Is Sunnah

9 Blok Dalam Business Model Canvas

Leave a comment

Assalammualaikum semua. Apa khabar?

Bagaimana perniagaan anda hari ini? Saya harapkan semua dalam keadaan baik.

Baiklah, untuk entry pada kali ini, saya akan berkongsi kan pada anda semua 9 Blok yang terdapat dalam Business Model Canvas.

1) KEY PARTNERS ( KP)

download

 

Outsource syarikat.Merupakan orang yang penting dalam pergerakan perniagaan. Tapi, kepentingannya tidak lah sepenting Key Resources (KR). KP terlibat dengan sesetengah kepentingan dalam syarikat. Tetapi tidak menjadi pembuat keputusan dalam syarikat. KP juga boleh terdiri daripada beberapa sumber.

Contoh: anda ingin membuat perniagaan poster. Dalam perniagaan anda, hanya ada 2 orang sahaja yang mahir dalam Photoshop. Jadi, anda boleh lah mengambil beberapa orang luar yang mahir dalam photoshop, kemudian membayar mereka berdasarkan projek. KP boleh terdiri daripada beberapa orang, namn mereka tidak terlibat secara langsung dalam organisasi syarikat.

Mengapa KP diperlukan?

:: Untuk mengoptimumkan skala

:: Mengurangkan risiko dan ketidakpastian (menggunakan kaedah Lean Startup)

:: Pengambil alihan sesetengah sumber dan aktiviti

2) KEY ACTIVITIES ( KA )

download (1)

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang projek / perniagaan.  Sebagai contoh, dalam perniagaan penjualan jersi secara online. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengiklanan, proses jual beli, transfer wang, pos barang, terima pesanan pelanggan dan sebagainya.

3) VALUE PROPOSITION ( VP )

 

images

Nilai-nilai yang kita berikan kepada pelanggan. Dalam bahagian VP, terdapat 11 elemen terpenting. Antaranya:

a) kabaharuan produk

b) prestasi sekiranya menggunakan produk kita

c) penyesuaian pada pelanggan

d) dengan menggunakan perkhidmatan kita, pelanggan dapat menyiapkan pekerjaan mereka

e) jenama/ status

f) harga

g) Pengurangan kos

h) Pengurangan risiko

i) kemudahan yang ditawarkan

j) kemampuan pelanggan untuk mendapatkan khidmat kita

4) KEY RESOURCES (KR)

download (3)

 

Elemen terpenting syarikat. Sekiranya dalam syarikat anda mempunyai 2 orang penggerak, maka KR anda adalah 2 orang. Di bahagian KR, ada 4 elemen yang perlu diambil kira. Antaranya:

a) Fizikal

b) Intelektual

c) Manusia

d) Kewangan

5) CUSTOMER RELATIONSHIP (CR)

download

Pembinaan hubungan diantara pelanggan dan peniaga antara elemen yang penting dalam sesebuah syarikat. Kita perlu berfikir apa yang boleh kita hulurkan pada pelanggan? Antaranya adalah seperti bantuan peribadi, servis peribadi, komuniti dan sebagainya.

6) CHANNELS (CH)

images

 

Cara penghubung antara kita dan pelanggan. Dalam bahagian ini, saya boleh bahagikan kepada 3 perkara pokok, iaitu Diri, Rakan Kongsi dan Fasa.

Bagi Fasa, terdapat 5 jenis fasa yang harus diambil perhatian iaitu,

a) Bagaimana pelanggan mendapat perhatian tentang produk kita

b) Penilaian pada produk

c) Pembelian

d) Penghantaran

e) Selepas jualan

7) CUSTOMER SEGMENTS (CS)

download (1)

 

Usahawan harus tahu mengklasifikasikan pelanggan. Sama ada produk tersebut akan termasuk dalam skala besar, kecil, dan sebagainya.

8) COST STRUCTURE (C $)

images (1)

Kos-kos yang terlibat dalam projek. Duit minyak, sewa, makan minum, bil-bil dan sebagainya harus diambil kira.

9) REVENUE STREAMS (R $)

download (2)

 

Keuntungan dalam syarikat. Bagaimana kita menilai sesebuah keuntungan dalam sesebuah syarikat?

Itu sahaj untuk entry kali ini. Selamat membaca.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s