Shoutul Tech

Business Is Sunnah

Bagaimana Hendak Manfaatkan Baucar Buku?

Leave a comment

Bagaimana hendak manfaatkan baucar buku supaya kita dapat PAHALA dan orang lain dapat MANFAAT?

Baucar Buku 1Malaysia

“Baucar buku aku ada banyak lagi, tak tahu nak buat apa”

“Baucar buku? Aku tak pernah ambik pun. Kalau ambik pun tak tau nak beli apa”

Dialog diatas merupakan diantara dialog yang biasa saya dengar apabila pelajar tidak tahu ke mana hendak salurkan/manfaatkan baucar buku yang kerajaan berikan.

Jangan terkejut, kerana ada rakan saya yang masih belum tuntut lagi baucar buku dia dari pengurusan universiti. Bukan kerana tidak tahu mengenai pemberian baucar buku itu, tetapi kerana tidak tahu bagaimana untuk manfaatkan baucar buku tersebut.

Nilai RM250 bagi sesetengah daripada kita merupakan suatu nilai yang sangat BESAR! Rugi rasanya bila tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Tetapi bagi mereka yang mempunyai latar belakang keluarga yang kaya, mempunyai kewangan yang mantap, nilai RM250 pada baucar itu bukanlah sesuatu nilai yang besar.

.

“Alaa. Setakat boleh beli buku dengan alat tulis jer buat apa?”

“Kertas A4 aku beli guna baucar lepas pun tak habis pakai lagi. Alat-alat tulis semua belambak lagi yang tak pakai”

“Buku-buku nota dengan rujukan semua senior dah bagi. Nak beli apa lagi?”

.

Pada saya, walaupun kita mempunyai status kewangan yang kukuh, apa salahnya jika kita manfaatkan pemberian ini sebaik mungkin.

Jadi, bagaimana nak manfaatkan baucar buku itu supaya kita dapat pahala dan orang lain dapat manafaat?

Saya beri contoh situasi yang mudah di Universiti Teknikal Malaysia Melaka, tempat saya menelaah ilmu. Di surau Kolej Kediaman Lestari yang baru dibuka beberapa semester yang lepas, masih kekurangan sumber bacaan. Saya sudah pergi beberapa minggu yang lepas. Di surau hanya terdapat lebih kurang 2 naskah Al-Quran dan beberapa buah buku surah Yaasin. (Mungkin akan bertambah selepas ini. Amiinnn ^_^)

Nah, disini kita boleh manfaatkan baucar buku kita. Pergilah ke mana-mana kedai buku dan belilah bahan bacaan yang boleh kita sumbangkan kepada surau. Tidak semestinya Al-Quran. Kita boleh belikan manzil, buku tokoh-tokoh Islam, malah apa-apa sahaja bacaan yang boleh menambah ilmu kepada si pembacanya.

Ok, katakan lah bahan bacaan di surau telah banyak, kita boleh beli buku-buku tersebut dan serahkan kepada pengurusan Pusat Islam (masjid) untuk diwakafkan bahan bacaan tersebut kepada mana-mana tempat yang sesuai. Boleh juga diwakafkan kepada mana-mana pusat tahfiz mahupun rumah anak-anak yatim (sebagai contoh).

buku-web-710927

Jika rasa terbeban untuk ke kedai buku, boleh hubungi saya. Ada kenalan saya yang menjual buku-buku ilmiah ini. Saya boleh beri contact nombor mereka untuk saudara/ri hubungi. Sumbangan boleh disalurkan terus melalui mereka.

Tidak susah sebenarnya untuk kita membuat amal jariah, cuma terpulang kepada diri kita sendiri sama ada mahu membuat amal kebaikan ataupun tidak ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s