Shoutul Tech

Business Is Sunnah

Bagaimana menyimpan RM 3000 semasa pengajian?

Leave a comment

download

Pelajar.

Sering kali kita dengar masalah pelajar adalah keputusan wang selepas menamatkan pengajian. Dengan masalah peluang pekerjaan yang semakin menghimpit, hutang pinjaman, status sebagai ‘penanam anggur’, ingin mendirikan rumah tangga tapi tidak punya kewangan yang cukup, atau pun ingin berniaga tetapi tidak punya modal seringkali menjadi bualan masyarakat.

Untuk entry kali ini, saya akan berkongsi cara pengurusan kewangan bagi pelajar khususnya di IPT untuk menyimpan sekurang-kurangnya RM 3000 selepas 6 semester di universiti. Pengurusan kewangan ini amat sesuai untuk pelajar tahun pertama dan mendapat pinjaman / biasiswa di awal semester.

TIPS 1

Baiklah, katakan lah anda mendapat pinjaman PTPTN sebanyak RM 2000 setelah pembayaran yuran ditolak. Simpan 20% daripada RM 2000 itu. Menjadikan simpanan anda RM 400.

TIPS 2

Selepas itu, belajarlah untuk berpuasa sekurang-kurangnya 3 kali dalam sebulan. Katakanlah, makan tengahari anda RM 5. Sekiranya anda berpuasa 3 kali, anda akan dapat menjimatkan RM 15 dalam sebulan. Menjadikan RM 15 x 4 (1 semester dijangka 4 bulan) = RM 60.

TIPS 3

Kemudian, bila keluar berbelanja, belajar-belajar lah untuk menggunakan wang kertas berbanding wang syiling. Duit syiling tu, boleh la masuk tabung macam masa kecil-kecil dahulu. Katakanlah sehari, anda dapat menyimpan RM 0.10 x 30 hari = RM 3 dalam masa sebulan. Bersamaan RM 3 x 4 bulan ( 1 semester dijangka 4 bulan) = RM 12.

TIPS 4

Selepas tamat peperiksaan akhir setiap semester, jangan goyang kaki duduk rumah. Belajarlah untuk mencari duit poket dengan bekerja secara ‘part -time’ di mana-mana. Selain dapat duit, masa tidak terbuang, dapat kenalan dan pengalaman baru. Katakanlah, hasil gigih anda bekerja secara ‘part-time’, jangan lupa untuk menyimpan 10% ke dalam tabungan jangka pendek dan 10% ke dalam tabungan jangka panjang.

Contoh, anda bekerja  dengan gaji RM 500 sebulan, simpan lah sebanyak RM 50 untuk simpanan jangka pendek yang akan anda gunakan selepas tamat pengajian.

Jadi, sekarang mari kita kira jumlah wang yang telah anda kumpul untuk 1 semester:

Capture

Hasil jumlah ini adalah untuk 1 semester. sekiranya anda mempunyai 6 semester pengajian, jumlahnya akan menjadi RM 3132.

Sekarang, anda punya modal RM 3000 untuk menampung kehidupan selepas tamat pengajian.

Selamat beramal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s