Shoutul Tech

Business Is Sunnah

Dimana ada MASALAH, disitu ada PELUANG bisnes!

Leave a comment

“Peluang perniagaan terhasil daripada masalah yang timbul. Lagi ramai orang menghadapi masalah, lagi besar peluang perniagaan”

Ini adalah hakikat yang perlu difahami oleh mereka yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan. Setiap perniagaan yang wujud pada hari ni bermula dari masalah.

Sebagai contoh, manusia pada zaman dahulu mengalami kesukaran untuk berhubung diantara satu sama lain. Kerana ingin berkomunikasi / berhubung, mereka terpaksa berjalan berbatu-batu. Bagi mengatasi masalah inilah, maka Alexander Graham Bell  telah merekacipta suatu alat yang kita panggil sekarang ini sebagai telefon.

Kenapa masih wujud perkhidmatan bas dan teksi? Sebab masih ada lagi manusia yang mengalami masalah tidak tahu memandu, tidak mempunyai kenderaan dll.

Cuba kita kaji balik setiap produk yang berada dipasaran. Semuanya dihasilkan disebabkan wujudnya masalah.solution

Untuk memastikan produk kita mendapat sambutan, maka survey dan kajian perlu dibuat terlebih dahulu. Pastikan produk yang kita hendak pasarkan itu diperlukan oleh masyarakat setempat. Jangan sesekali buat bisnes tanpa kita tahu siapa pelanggan kita? Apa sumber kita? Siapa sasaran kita? Dimana lokasi yang sesuai?

Sebagai contoh, perniagaan yang sesuai di kampus adalah printing, topup, makanan, kereta sapu, t-shirt, tudung dll. Antara perniagaan-perniagaan yang saya sebutkan ini tidak memerlukan modal yang besar, tetapi jika betul kaedah pemasarannya Insya-Allah mampu menjana pulangan yang besar.

1354183648_460196995_1-100-guaranteed-onsite-service-and-support-solution-for-Computer-and-network-problem-Bhajanpura

Untuk mengenali potensi perniagaan kita perlu:

  1. Kenalpasti masalah – Apa yang boleh kita selesaikan?
  2. Kenalpasti nilai – Bagaimana kita sebagai peniaga dapat menambah nilai dalam kehidupan pelanggan?
  3. Kelebihan produk – Jelaskan kepada pelanggan apa kelebihan yang bakal mereka peroleh apabila berurusan dengan kita. Kenalpasti sekurang-kurangnya tiga kelebihan produk kita. Kelebihan ini secara tidak langsung dapat menjadi salah satu teknik pemasaran (marketing)
  4. Sasaran pelanggan – Buat survey dan kajian berapa ramai orang yang mengalami masalah ini secara spesifik

“Orang berniaga hidup untuk menjual potensi yang dapat menambah nilai dalam kehidupan pelanggan” -Dr Azizan Osman- 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s