Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Tutorial Untuk Daftar 8Share / Says

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Seperti yang saya janjikan dalam entry sebelum ini iaitu Apa itu SAYS, saya akan buat tutorial bergambar bagaimana untuk mendaftar 8Share / Says

.

1. Mula-mula sekali sila klik SINI untuk DAFTARhttp://says.com/my/shoutultech/invite

2. Paparan seperti dibawah akan muncul. Sila klik pada button Sign Up

7

1

.

3. Selepas itu, satu pop up seperti dibawah akan muncul. Isikan segala maklumat yang diperlukan seperti username anda, email anda dan kata laluan anda. Selepas itu sila klik Create My Account

2

.

4. Seterusnya, paparan seperti dibawah akan muncul. Tahniah kerana anda baru sahaja mendaftar sebagai ahli kepada 8Share.com. Jika diperhatikan kepada paparan dibawah, ada peringatan dari pihak 8Share.com mengenai data-data anda yang belum dikemaskini lagi. Sila klik button Update Now untuk kemaskini data-data anda.

3

.

5. Sila lengkapkan setiap maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sila klik button Save my preferences.

4

.

6. Sila klik button Continue the tour untuk membiasakan anda dengan ikon/tools yang digunakan di dalam website 8Share.com.

5

Tahniah sekali lagi kerana anda telah melangkah setapak dalam menjana side income bersama 8Share.com.

Untuk entry akan datang, saya akan kongsi tips bagaimana untuk menjana income bersama 8Share.com tanpa anda mengeluarkan modal!

Saya bagi preview dulu untuk entry akan datang, contoh earning dari 8Share.com. Walaupun hanya 20sen, tetapi percayalah kepada pepatah orang-orang tua kita :

“Sikit-sikit, lama-lama akan jadi bukit” ^_^

8

.

#Sila follow kami untuk mengetahui setiap update yang terbaru dari Shoutul Tech

Advertisements


Leave a comment

Apa itu SAYS ?

logo-says-huge

.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk entry kali ini saya akan berkongsi info mengenai Says.my.

Untuk maklumat semua Says.my, sebelum ini dikenali sebagai YouthSays.com. Dan terbaru, mereka telah rebranded Says.my ke 8Share.com.

8share com

Bagaimana dengan members yang telah daftar sebelum ini? Perlu sign up balik?

Tidak perlu daftar semula!

Kepada yang telah daftar dengan Says.my, anda boleh gunakan username dan password yang sama di 8Share.com.

Jadi, jika anda mendengar mengenai YouthSays.comSays.my dan 8Share.com jangan keliru. Kerana mereka semua adalah SAMA! ^_^

.

Apa itu 8Share.com?

8Share.com merupakan sebuah komuniti pengguna media sosial di Malaysia (Facebook, Twitter, blogs) yang berkongsi mengenai produk dan informasi terkini. Melalui 8Share.com, anda berpeluang untuk mendapat ganjaran seperti duit dan juga hadiah-hadiah yang menarik. Semua orang yang ada laman sosial boleh join. Semua orang boleh buat side income ^_^

Macam mana nak jana income dari 8Share.com?

Anda hanya perlu share iklan@kempen 8Share.com di laman sosial anda. 

PERCUMA! Tiada modal yang diperlukan!

Malah, pihak 8Share.com pula yang akan bayar untuk setiap iklan@kempen yang anda kongsikan itu.

Dalam erti kata yang mudah, 8Share.com merupakan sebuah organisasi pengiklanan yang dibayar khas untuk mengiklan dan mempromosi barang@produk syarikat-syarikat lain. Bagi memudahkan kempen pengiklanan ini, maka 8Share.com menggajikan anda sebagai `pekerja` untuk membantu mereka dalam mengiklankan produk-produk tersebut.

Mudah bukan untuk buat duit? Sambil-sambil kita update status di facebook, twitter ataupun blog kita boleh buat duit.

.

Untuk mendaftar, anda boleh klik link ini : 8Share.com(http://says.com/my/shoutultech/invite)

8share

Untuk entry akan datang, saya akan buat tutorial bergambar bagaimana untuk daftar 8Share.com. Cadangan nak buat terus, tetapi memandangkan waktu solat asar dah hampir, saya tangguhkan dahulu tutorial. Kita perlu berusaha untuk mencari rezeki, tetapi mencari redha Allah itu lebih penting, kerana itu adalah KEUTAMAAN bagi setiap muslim.

Jom solat! ^_^

.

#UPDATE! Sila klik SINI untuk tutorial cara mendaftar di 8Share.com


1 Comment

Minat + Kerja = Buat Duit!

monday-blues

“Aku tak minat pun keje nie, tapi dah terpaksa nak buat macam mana”

“Hari-hari mengadap keje nie, bosannyerrrrrr!”

“Esok hari Isnin? Arrghhhh! Boringnya!”

 

Ini antara luahan yang biasa saya dengar dari rakan-rakan yang telah bekerjaya.

Yups, kita perlu bekerja kerana itu adalah salah satu usaha dalam mencari rezeki.

Tapi cuba bayangkan, jika keluhan seperti yang saya tulis di atas itu diluahkan, apa maksudnya?

Ini adalah simptom yang sedang merebak dalam masyarakat kita.

Ramai yang gembira apabila mereka mendapat pekerjaan, tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang rasa TERPAKSA untuk bekerja.

Salah satu puncanya adalah kerana TIDAK MINAT dengan pekerjaan yang mereka lakukan itu.

“Alaaa. Minat tu boleh dipupuk. Kerja jer”

Saya sokong dengan statement tu. Tetapi berapa ramai yang dapat tukar dari tidak minat kepada minat dengan kerja mereka?

Kepada yang berjaya untuk jatuh cinta pada kerjaya mereka, TAHNIAH saya ucapkan.

Tetapi kepada yang tidak berjaya bagaimana pula?

MINAT adalah sesuatu perkara yang penting dalam memastikan kita IKHLAS dalam bekerja.

Dari minat juga akan memastikan setiap tugasan yang kita lakukan itu berkualiti.

Tidak timbul isu bosan, mengeluh dan sebagainya seandainya kita minat dengan sesuatu pekerjaan itu.

minat kerja shoutul tech business

Ada rakan saya yang sanggup berheni kerja walaupun ketika itu gajinya mencecah ribuan ringgit. Dia tinggalkan kehidupan yang mewah untuk mencari suatu kerjaya yang dia minat. Alhamdulillah, dia sengsara sekejap sahaja. Kini dia bahagia, malah bertambah mewah lagi dari sebelumnya. Dia kerja dalam bidang yang dia minat. Income bulanan dia sekarang jauh lebih banyak dari pekerjaan lamanya.

Insya-Allah untuk next entry saya akan berkongsi cerita mengenai jutawan-jutawan yang telah berjaya dalam bidang mereka kerana mereka mempunyai MINAT!


Leave a comment

Aku Terima Nikahnya

jom kahwin shoutul tech

Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?

.

Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.

Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.

Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?

Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?

“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.

Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.

Dia mungkin seorang ustazah.

Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.

Dia mungkin bertudung labuh.

Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable”.

Aku Terima Nikahnya.
-Ustaz Hasrizal-

.

#Pesan seorang teman, jangan terlalu mengharap yang berpurdah apatah lagi yang berstatus ustazah, cukuplah yang biasa-biasa saja asalkan dia ada keinginan kepada agama, dia ada usaha untuk berubah dan dia bersedia untuk menerima segala nasihat dan teguran, itu pun dah cukup memadai. Insya-Allah, akan tiba masanya nanti. Sabar yer ^_^


2 Comments

Perkhidmatan Kereta Sewa Hanya dari KLezCar

Mempunyai masalah pengangkutan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor?

Mahukan perkhidmatan kereta sewa dengan harga yang BERPATUTAN???

Kami di KLezCar ada penyelesaiannya.

578175_514744535230377_1590079042_n

KLezCar merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan menyewa kereta yang terkemuka di Kuala Lumpur.

Kami mempunyai 9 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Harga yang kami tawarkan adalah sangat berpatutan.

Jika anda mencari kereta sewa dengan harga baget, KLezCar adalah jawapannya!

Terdapat pelbagai model kereta untuk pelbagai kegunaan. Dari kereta sedan seperti Perodua Viva, Perodua Myvi, Proton Saga FLX, Proton Persona, Toyota Vios, Honda Civic, Mercedes sehinggalah ke MPV dan SUV seperti Toyota Alphard, Honda Odyssey, Honda Freed, Toyota Avanza dan Estima L.

klezcar car rent shoutul tech

HUBUNGI KAMI :

Cawangan Bandar Tasik Selatan
Tel/Fax: +603 9174 1644
Mobile: +6013 5111 393 / +6013 369 1393 (Faiz)

Cawangan Gombak
Mobile: +013 2422 652 / +6012 2632 613 (Fuad)

Cawangan Puchong
Mobile: 6017 877 2280 / +6017 939 1161 (Shahril)

Cawangan Shah Alam
Mobile: +019 277 5578 (Seth)

Cawangan Subang & Petaling Jaya
Mobile: +6012 653 6293 (Mazli)

Cawangan Bukit Raja
Mobile: +6012 283 0891 / 012 334 9149 (Khairul)

Cawangan Keramat & Ampang
Mobile: +016 770 5432 (Rizal)

Cawangan Taman Melati
Mobile: +019 283 0618 (Azhar)

Cawangan Bangi
Mobile: +017 275 0347 (Syah)

Cawangan Kajang
Mobile: +010 226 5356 (Irfan)

.

“Your Easy Car in KL”

.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Laman web: http://klezcar.com

Facebook: https://www.facebook.com/KLezCar


Leave a comment

Bila nak start bisnes?

How-to-start-a-business2

Survey

Dari survey yang pernah saya buat dahulu, ramai student yang berminat untuk buat bisnes lepas habis belajar nanti. (Survey dikalangan rakan-rakan di UTeM)

Nisbah dari 10 orang student, 9 orang yang berminat untuk buat bisnes.
Lagi seorang berminat untuk kerja makan gaji. Ada pencen katanya.

Dari 9 orang tu, hanya 2 orang yang dah start belajar dan buat bisnes kecil-kecilan semasa tengah belajar kat universiti lagi ni.

Yang lain2 tu macam mana? Ini antara jawapan mereka :

“Nanti lepas habis degree nie aku belajar la buat bisnes”
“Tak sempat la, banyak assignment nak kena buat”
“Aku bukan tak nak start, tapi modal tak ada la”
“Ko ingat senang ke nak buat bisnes nie? Kurang2 pun kena tunggu 3-4 tahun pengalaman baru boleh buat bisnes”
“Aku minat, tapi tak tahu nak start dengan bisnes apa”

… dan macam-macam jawapan lagi…

.

Contoh

Cuba kita ambil contoh bagaimana persediaan seorang pelajar yang mempunyai sasaran untuk menjadi engineer pada umur 24-25 tahun.

Saya ambil contoh diri saya sendiri.
Target jadi engineer : Umur 25 tahun.
Belajar di politeknik : 3 tahun (Diploma in Mechatronic Engineering)
Belajar di universiti : 3 tahun (Degree in Mechatronic Engineering)
So total persediaan untuk jadi engineer adalah 6 tahun. (Zaman sekolah kita tolak tepi dulu ^_^)

.

So, macam pula kalau target nak buat bisnes?

Begitu juga dengan bisnes.
Untuk memiliki perniagaan yang stabil keuntungannya perlukan persediaan yang cukup.

So, kita kena start belajar selok belok bisnes dari sekarang.
Belajar sikit-sikit dulu pun tak per. Tak perlu gelojoh sangat. Biar ikut flow.
Lagi lambat kita mengorak langkah, lagi lambat la kita nak capai cita-cita.

Start-a-Business

.

Mulakan perniagaan di universiti

Bisnes di universiti adalah salah satu platform yang terbaik untuk mula belajar.
Kita ada ramai kenalan. Senang nak market barang.
Tak perlu nak ada kedai. Gunakan FB dan blog, itu pun dah cukup.

Modal? Tak perlu modal besar-besar.
Kita start dengan modal air liur jer dulu.
Guna konsep dropship@agen.
Kita tolong promote produk orang lain, amik untung komisyen jer dulu.
Join mana-mana group/page yang ada bisnes, mesej penjual tu tanya dia amik agen tak?

How-To-Start-An-Online-Business

.

Nak jual produk apa?

Tak tahu nak berniaga apa?
Kena buat suvey sikit. Paling simple, masuk group/page orang buat bisnes tengok produk apa yang dapat permintaan tinggi.
Tapi tak semua produk yang tengah top sekarang nie semua orang perlukan, so kena la pelbagaikan lagi produk yang kita promote. Kena buat survey lebih sikit.
Buat masa nie kita tak guna modal, so tak perlu nak fikir sangat pasal kerugian ^_^

Belajar bagaimana nak buat marketing, macam mana nak berkomunikasi dengan pelanggan, bagaimana nak yakinkan pelanggan dan lain-lain lagi.

Saya bagi contoh beberapa orang rakan-rakan yang dah start buat bisnes di UTeM:
1. Zarith Zulaikha : Kereta sapu. Modal : Minyak kete. Gunakan sumber (kereta) yang kita ada.
2. Mohd Razali Baharon : T-shirt. Dekat universiti ada banyak program yang bagi t-shirt free(ada sponsor), so boleh contact PIC untuk deal harga.
3. Muhammad Asri Yaakub : Jual tudung. Siapa kata orang laki tak boleh jual tudung? ^_^
4. Leya Nelly Zawawi : Kereta sewa, jersey, minyak wangi, beg bla bla. Banyak benda dia jual. Hehehe
5. Shuhada Ahmad : Kek, durian crepe, tudung, blouse.
6. Nik Fariz : Buku dan produk-produk Islam.
7. IR Nur Nabila : Tudung labuh (handmade)

(*nama tu berdasarkan FB dia orang ^_^)

.

Lahir_lebih_ramai_usahawan_IPTA

.

Saya tak pandai pun dalam bisnes. Baru nak start belajar-belajar.
Ilmu yang sikit kalau kita kongsi Insya-Allah akan bertambah.
Sekarang banyak membaca karya@tulisan Fazrul Ismail, Shah Sovi, Raja Kamil, Azizan Osman dan banyak lagi otai-otai bisnes. Banyak input yang berguna dari FB, blog, website mereka.

Doakan semoga saya tergolong dalam golongan usahawan yang dapat membantu menaikkan ekonomi umat Islam.

#Business is sunnah, jadikan ianya sebagai salah satu platform untuk kita ke jannah ^_^

mohktar bukhary


Leave a comment

Promosi Perlu KONSISTEN!

consistency-key

Salam.

Hari ini saya akan kongsikan bagaimana untuk kita promosi secara konsisten barang jualan kita di Facebook dan membuat pelanggan tertanya-tanya mengenai produk kita.

Pelanggan perlu di`educate` sentiasa tanpa henti ^_^

Ok, katakanlah saya nak promote produk saya…

Kita bagi nama produk tu Shoutul Tech Nutrition Supplement ^_^

Saya ada lebih 2000 rakan di Facebook, dan saya ingin promote produk saya itu di Facebook

Jadi, saya perlu update produk saya setiap hari, TETAPI perlu ada STRATEGInya.

Tidak semestinya hard sale, tetapi setiap post itu perlu diselangi dengan pelbagai gaya post yang berlainan mengenai `Shoutul Tech Nutrition Supplement`.

.

Sebagai contoh, saya boleh susunkan setiap post seperti :

  1. Pengenalan produk
  2. Kebaikan produk
  3. Kelebihan produk berbanding produk sedia ada dipasaran
  4. Testimonial produk
  5. Harga produk
  6. Baru direct sale

.

Isi kandungan post terpulang kepada kreativiti anda sendiri bagaimana untuk menarik peminat pembeli. Dan pastikan setiap post ada ayat closing, ada gambar yang menarik.

Apa yang penting, kita perlu KONSISTEN promosi agar pelanggan sedar akan kewujudan produk kita.

Consistency