Shoutul Tech

Business Is Sunnah


Leave a comment

Kaya adalah hak kita, tidak kaya juga adalah hak kita

 

images

Kaya adalah hak kita, tidak kaya juga adalah hak kita ^_^

Tidak perlu dikeluh-kesahkan dan tidak perlu diratapi. Sekiranya hanya hati kita sahaja yang mahu kaya, tetapi jiwa, akal dan langkah kita masih miskin, kita tetap miskin dan itu adalah hak kita.

Kita memilih untuk menjadi miskin walaupun kita tidak mengakuinya. Memang benar tiada orang yang mahu menjadi miskin.

Ada diantara kita mahu menjadi kaya tetapi masih mengamalkan langkah miskin, berfikiran miskin dan menyalahkan orang lain atas kemiskinan kita sendiri.

Apabila kita memilih untuk miskin, sebaik-baiknya tidak perlu menagih hak daripada orang lain, terutamanya daripada orang yang lebih kaya. Orang kaya ini dahulunya miskin tetapi mengubah diri dan persekitaran, berkorban masa dan keluarga hingga berjaya, kita yang masih miskin menuntut hak pula.

Adilkan kita kepada mereka? Lihatlah diri kita sendiri. Apa yang kita lihat, itulah diri kita. Jangan pandang cermin, tapi duk berangan dalam cermin tu Tom Cruise ker, Aaron Aziz ker ^_^

Tapi jangan kita letakkan kekayaan itu pada wang dan harta semata-mata. Itu materialistik namanya. Biarkan dunia ini bersifat materialistik tetapi bukan diri kita. Pandanglah istilah kaya itu dari sudut dan pandangan yang lebih luas.

agama-orang-miskin-dakwah-islam-199x300

Ada yang mengatakan harta kekayaan tidak dibawa mati. Tapi ramai juga yang kaya di dunia dan di akhirat kerana mereka ikhlas membelanjakan kekayaan dengan cara yang baik.

Ramai yang beranggapan bahawa harta kekayaan boleh menyebabkan keluarga menjadi kucar kacir, adik beradik berbunuhan dan bermacam tanggapan negatif lain lagi. Berbagai-bagai tanggapan negatif dan menakutkan. Seolah-olah menjadi satu dosa apabila seseorang itu kaya. Tanggapan ini akan memundurkan minda dan diri kita sendiri.

Sebaliknya ramai yang lupa kemiskinan kadang-kadang menjadikan sesetengah orang itu menjadi kufur kerana menyalahkan takdir. Kita juga lupa kemiskinan banyak menyebabkan kesengsaraan dan kematian seperti kes curi, samun, ragut, menagih dadah dan lain-lain lagi penyakit sosial.

Jadi, pilihlah sama ada mahu menjadi kaya atau miskin.

Kaya adalah hak anda, tidak kaya juga adalah hak anda ^_^


Leave a comment

Bila nak berhenti kerja?

Tidak kira sama ada mereka yang bekerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta, sampai masanya mereka akan berhenti makan gaji apabila minat berniaga itu muncul.

Persoalannya, bilakah waktu yang sesuai untuk berhenti kerja dan memberikan sepenuh perhatian kepada bisnes?

Engagement11-200x173

Tips ini saya copy dari Facebook Raja Kamil untuk dikongsikan bersama anda semua. Semoga bermanfaat ^_^

…………………………..

“RK, saya nak berhenti kerja, minta nasihat sikit apa yang perlu ada?”

Ok. Nak berhenti kerja?
Ini formula untuk anda.

Simpanan Tunai Anda mesti sekurang-kurangnya 12 kali Gaji Bulanan anda.
Masa tu, nak berhenti, berhentilah … 🙂

Contoh 1 :-
Gaji anda : RM700 sebulan
Boleh berhenti jika simpanan anda ada : RM700 x12 = RM8400

Contoh 2 :-
Gaji anda : RM5000 sebulan
Boleh berhenti jika simpanan anda ada : RM5000 x 12 = RM60,000

ps : saya pilih 12 bulan, kerana pada saya, zaman ekonomi yang tidak menentu ini, 6 bulan tidak cukup. Sebelum ini, banyak pakar perniagaan nasihatkan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji.

pps : ramai yang berhenti kerja, nak buat bisnes. Alih-ali, lepas beberapa bulan buat bisnes, dah tak nak buat dah. Samada rugi, tak minat dan lain-lain sebab lagi.
Bila nak cari kerja, ambil masa. Simpanan pula, cukup-cukup untuk sebulan je.
Ah, sudah ….

berhenti


Leave a comment

Alhamdulillah. Tak sabar nak present FYP ^_^

.

Alhamdulillah. Tadi baru submit report final year project (FYP) kat panel.

Sempat la borak-borak dengan panel tadi. Kalau sebelum nie asyik serabut jer bila fikir pasal FYP. Tapi bila borak dengan panel tadi terus hilang rasa serabut-serabut semua tu. Alhamdulillah.

otak serabut

Sebenarnya FYP saya tak capai target pun sebab ada masalah dengan localization untuk robot. Localization tu diluar skop saya. Tapi localization nie diperlukan untuk tahu koordinat robot-robot yang saya program kan. Apa localization tu? Hehehe. Nanti ada masa saya akan ceritakan detail mengenai perjalanan FYP saya, Insya-Allah.

Walaupun FYP saya tak capai target, tapi saya perlu berfikiran positif juga. Saya dah berusaha sebaik mungkin. Segala keputusan saya serahkan kepada Allah. Sebagai hamba, tawakal kepada Allah tu penting. Setiap perkara yang kita buat nie kita kena tawakal selepas kita dah berusaha. Tak kira la perkara tu besar ke kecik.

Yang penting sentiasa ingat Allah waktu kita senang mahupun waktu kita susah. Jangan waktu susah jer baru nak ingat Allah.

lecture

Insya-Allah saya akan present FYP pada hari Isnin nie (3 Jun 2013). Saya sebenarnya dah tak sabar dah nak present nie ^_^

Doakan semoga Allah permudahkan segala urusan saya.

Doakan juga semoga Allah permudahkan segala urusan final year project Zarith.

Doakan semoga kami sama-sama dapat grad pada tahun ini.

.

“Ya Allah, Engkau permudahkanlah segala urusan final year project Muhamad Hafizul Naaim dan Zarith Zulaikha. Engkau berikanlah mereka markah yang terbaik. Engkau permudahkanlah mereka untuk grad pada tahun ini.” Amiinn

.

graduation_cartoon_presents


Leave a comment

Kenapa dah lama tak update bolg?

Kenapa dah lama tak update blog? Hehehe.

Sori kengkawan. Semenjak dua menjak nie busy tahap gaban. Tak sempat nak update blog.

Sibuk menyiapkan final year project (FYP/PSM).

Alhamdulillah, report dah submit pada supervisor.

Sekarang nie tengah tunggu supervisor check sama ada perlu buat pembetulan atau tidak.

Isnin nie dah kena submit full report kepada panel.

Seminggu lepas tu, Insya-Allah akan present project.

Saya akan present project depan panel pada 3 Jun 2013 nie. Doakan semoga saya sukses yer ^_^

Sekarang nie masih lagi dalam proses touch up programming, so still busy lagi walaupun report dah submit.

Kita orang present time study week =(

Insya-Allah habis presentation nanti terus prepare untuk final exam.

Macam-macam dah plan sebenarnya untuk blog nie, cuma tak berkesempatan nak buat jer lagi.

Insya-Allah ada masa nanti saya akan buat.

Ok la. Nak sambung kerja sikit.

 

Tata, titi, tutu. Hehehe ^_^


Leave a comment

Personal Characteristics of the Entrepreneur

Characteristics that tend to make some people better at recognizing opportunities than others.

1. Prior Industry Experience

  • Several studies have shown that prior experience in an industry helps an entrepreneur recognize business opportunities.
  • By working in an industry, an individual may spot a market niche that is underserved.
  • It is also possible that by working in an industry, an individual builds a network of social contacts who provide insights that lead to recognizing new opportunities.

.

2. Cognitive Factors

  • Studies have shown that opportunity recognition may be an innate skill or cognitive process.
  • Some people believe that entrepreneurs have a “sixth sense” that allows them to see opportunities that others miss.
  • This “sixth sense” is called entrepreneurial alertness, which is formally defined as the ability to notice things without engaging in deliberate search.

.

3. Social Networks

  • The extent and depth of an individual’s social network affects opportunity recognition. 
  • People who build a substantial network of social and professional contacts will be exposed to more opportunities and ideas than people with sparse networks.
  • Research results suggest that between 40% and 50% of people who start a business got their idea via a social contact.

.

4. Creativity

  • Creativity is the process of generating a novel or useful idea.
  • Opportunity recognition may be, at least in part, a creative process.
  • For an individual, the creative process can be broken down into five stages, as shown below.

Five Steps to Generating Creative IdeasFive Steps to Generating Creative Ideas

.


Leave a comment

50 Dalil Kenapa Anda Perlu Clash- Part 1

Hi semua!.

Entry ini aku dapat dari Kitab Terfaktab, dari Brader Leplep. Oleh sebab aku rasakan apa yg ditulis oleh Brader Leplep sgt menarik, aku pon berhasrat utk letak pada blog ini. Tapi, utk hari ini aku akan share 10 sahaja.

Mcm mana korg nk tau hubungan korg ni dah sampai ke penghujungnya?

1) Kekasih anda seorang kaki pukul. Percayalah, percintaan tak memerlukan sparring partner. Lainlah kalau anda seorang peninju. Alasan ni tak tertakluk pada lelaki shj, kalau makwe anda kaki pukul pon, tinggalkan dia jugak. Apa, ingat penampar perempuan tak bisa?

download

 

2) Perasaan kekasih anda tidak pasti. Untuk menjamin hubungan yg pasti, kita memerlukan perasaan dari dua belah pihak. Kalau perasaan sendiri pun tak pasti, suruh dia pergi mati.

3) Kekasih anda tidak cantik/ hensem. Okay, ini bukan pandangan mata org lain. Ini pandangan mata sendiri. Kalau sebelum ini anda rasa dia cantik/hensem tp makin lama anda rasa muka dia serupa almari, mungkin petanda yg kuat untuk tinggalkan nya.

4) Dalam hubungan kena saling memberi dan menerima tp kalau asyik anda je memberi tak boleh juga kan. Apa kekasih anda ingat anda ni Santa Claus ke apa?

download (1)

 

5) Bosan. Bosan gila kot. Gua nak tulis pon bosan. Jadi, mcm mana nak harung hidup bersama sampai ke tua kalau baru 2-3 tahun dah bosan? Dah,pergi cari org yang tak membosankan. Bosan gila point ni.

6) Kekasih anda tunang org. Haa, tricky tak? Kekasih anda tp tunang org lain. Boleh je nak rampas style filem Hindustan. Tp byk kerja la.

7) Kekasih anda suami/isteri org. Haa, tricky tak? Ah, apa gila gua nak ulang lagi sekali. Bace je pernjelasan kat point no 6.

8) Kekasih anda curang. Curang ni boleh dikira jenayah berat dalam percintaan. Curang sekali bolehlah dimaafkan asalkan tak berulang. Tapi kalau dah curang 3-4 kali boleh bawak2 tolak kekasih anda jatuh bawah jurang.

9) Seminggu sekali kau datang padaku membawa cinta yang amboi amboi ela amboi amboi ela. Okay, ni lirik lagu tp kalau kekasih anda seminggu sekali baru contact, itupun satu sms je boleh dah kot pertimbangkan cari kekasih lain. Kalau dia bekerja kat stesen angkasa lepas, itu lain cerita.

download (2)

 

10) Chipsmore. Macam biskut. Sekejap ada, sekajap takda. Belum kahwin dah chipsmore, dah kahwin nanti ada chance dia halimunan terus.